Page 142 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 142

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


                  PENYERAHAN BUKU “PASIR MAS: MEMORIES &

           EXPERIENCES” KEPADA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,
                                       UNIVERSITI MALAYA



          Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya merakamkan
          setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Adjung APM, Prof. Dr.
          Wan Salleh Wan Ibrahim atas penyerahan buku terbaharu beliau
          bersama-sama penulis Wan Johari Wan Daud dan Salman Ahmad
          bertajuk “Pasir Mas: Memories & Experiences” kepada Prof. Madya Dr.
          Sabzali Musa Kahn, Dekan APM. Karya ini memperlihatkan ketelitian
          dan ketulusan Prof. Dr. Wan Salleh sebagai seorang sarjana yang bukan
          sahaja menulis dengan pena ilmu, tetapi juga dengan jiwa seorang anak

          watan      yang     amat      cinta    akan     tanah     kelahirannya.       Buku      ini
          menghimpunkan sejarah, kenangan dan pengalaman masyarakat Pasir
          Mas dalam satu bingkai naratif yang menyentuh hati, menghubungkan
          generasi pada masa lalu dan kini melalui warisan budaya, sosial dan
          ekonomi tempatan.








































































                                                                                                 142
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147