Page 144 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 144
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn, Dekan
Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM)
yang telah dijemput sebagai penceramah antarabangsa dalam
International Webinar bertajuk: “Integrating Islamic Values and
Global Perspectives for Mutual Collaboration Program.”
Webinar ini dianjurkan oleh Program Pascasarjana,
Universitas Islam Raden Rahmat (UNIRA) Malang, Indonesia
pada 25 Oktober 2025, dengan kehadiran ilmuwan serantau
seperti Dr. Adul Meatam dari Al Hidayah Foundation, Thailand
dan dimoderasi oleh Dr. Aries Musnandar dari UNIRA Malang.
Program ini bertujuan memperkukuh nilai Islam dalam konteks
kerjasama global, sambil membuka ruang wacana akademik
antara institusi Malaysia, Indonesia dan Thailand. APM
berbangga dengan penglibatan ini yang memperlihatkan
peranan aktif universiti dalam mengangkat ilmu, nilai dan
budaya Islam ke peringkat antarabangsa.
144

