Page 145 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 145

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU





            Anugerah Pembentang Terbaik– Dr. Ahmad Syafiq Amir
                                         Abdullah Zawawi

         Tahniah diucapkan kepada Dr. Ahmad Syafiq Amir Abdullah Zawawi,
         Pensyarah Kanan Program Linguistik Melayu, Akademi Pengajian
         Melayu, Universiti Malaya, atas pengiktirafan sebagai penerima The
         Best Presenter Award oleh Committee i-CIRCALLED Conference,
         Universitas Negeri Jakarta. Kertas kerja beliau yang bertajuk “Penilaian
         Semula Pandangan Chomsky Terhadap Penggunaan Pangkalan Data
         Korpus dalam Kajian Linguistik: Antara Cabaran Teoritikal dan Peluang
         Empirikal” telah menonjol dengan ketajaman analisis, kejelasan hujah
         dan sumbangan signifikan terhadap perbahasan linguistik kontemporari,

         sekali gus menarik perhatian panel penilai. Pihak Akademi Pengajian
         Melayu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah
         atas     pencapaian       ini.   Semoga       beliau     terus    cemerlang        dalam
         menyumbang kepada perkembangan ilmu linguistik pada peringkat
         nasional dan antarabangsa.








































































                                                                                                 145
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150