Page 143 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 143
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PENYERAHAN BUKU “PASIR MAS: MEMORIES &
EXPERIENCES” KEPADA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,
UNIVERSITI MALAYA
Prof. Dr. Wan Salleh turut dikenali sebagai ilmuwan yang konsisten
memperjuangkan nilai kemanusiaan, akar budaya Melayu, dan
semangat penyelidikan yang mendalam. Sumbangan beliau melalui
karya ini amat bermakna dalam memperkayakan khazanah ilmu dan
sejarah tempatan Malaysia. APM amat berbangga dengan sumbangan
besar Prof. Dr. Wan Salleh yang terus memperkukuh legasi ilmu dan jati
diri Melayu melalui penulisan dan dokumentasi berasaskan pengalaman
sebenar masyarakat.
143

