Page 124 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 124
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
WACANA ILMU PERSATUAN
LINGUISTIK MALAYSIA
Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat), seramai 16 orang pelajar
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya yang terdiri daripada
pelajar Program Linguistik Melayu telah menyertai Wacana Ilmu
Persatuan Linguistik Melayu, bersempena Mesyuarat Agung PLM
2025. Pensyarah pengiring dari APM pula ialah Dr. Syafiq Zawawi,
Dr. Juwairiah Osman dan Dr. Mohd Nor Taufiq.Wacana ilmu ini
telah berlangsung di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir,
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kuala Lumpur. Program ini
menampilkan Penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu 2025,
YBrs. Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin (UPSI) yang
membicarakan tajuk "Mekarnya Bahasa Melayu di Bumi Sakura:
Kisah yang Terpendam". Majlis ini turut diserikan dengan
kehadiran Tokoh Bahasa Melayu, iaitu YBhg. Prof. Emeritus Datuk
Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, selaku Penasihat 1
Persatuan Linguistik Malaysia dan YBrs. Prof. Dr. Nor Hashimah
Jalaluddin selaku Presiden PLM. Selain mengikuti wacana, para
pelajar APM yang terlibat turut mengambil peluang untuk
bergambar kenang-kenangan bersama tokoh-tokoh bahasa yang
hadir sebagai pemangkin semangat untuk terus berju
124

