Page 17 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 17
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
20 - 21 September 2025 - Akademi Pengajian Melayu (APM)
turut serta memeriahkan UM Mega Open Day 2025 dengan
membuka reruai tentang program pengajian Sarjana Muda,
Sarjana dan PhD yang ditawarkan di APM. Ucapan
penghargaan ditujukan kepada pasukan APM iaitu Cik Nadia,
Cik Azwa, Puan Faizah, En. Hailme, En. Bakhtiar dan Puan
Mahirah atas komitmen dan dedikasi sepanjang dua hari
pameran. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Timbalan
Dekan Ijazah Dasar dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Madya
Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, yang memberikan
sokongan penuh kepada warga APM dalam menjayakan acara
ini.
17

