Page 19 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 19
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
–
( )
Pada 4 September 2025 (Khamis), telah berlangsung
Mesyuarat Pertama Persediaan Universiti Malaya Week of
Welcome (UM–WOW) peringkat fakulti di Bilik Mesyuarat
Dekan, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.
Mesyuarat yang bermula pada 2.30 petang hingga 4.30
petang ini telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Timbalan Dekan
Ijazah Dasar dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) APM.
19

