Page 20 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 20
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
“ :
” –
Perpustakaan Pengajian Melayu (PPM), Universiti
Malaya telah mengadakan Pameran Buku Bulan
September 2025 bertemakan “Sasterawan Malaysia:
Lim Swee Tin”. Lim Swee Tin, penyair dan penulis
tersohor kelahiran Bachok, Kelantan (1952),
terkenal dengan karya-karya puisi berbahasa
Melayu yang sarat nilai kemanusiaan, cinta, alam
dan budaya. Beliau merupakan penerima Hadiah
Sastera Perdana Malaysia, sekali gus diiktiraf
sebagai salah seorang tokoh penting dalam
kesusasteraan Melayu moden. Sebanyak tujuh (7)
judul buku hasil karya beliau dipamerkan, termasuk
buku “Mahathir, Kami Bersamamu” (UUM Press,
2019), himpunan 40 sajak yang mengangkat
ketokohan dan perjuangan Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
20

