Page 4 - Pelan Strategik ICT
P. 4

2010 - 2012             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)

















                 Bagi    menambahbaikkan         kecekapan     pentadbiran     di    Universiti   ini,   Pelan
          Strategik  ICT  telah  merancang  beberapa  perancangan  bagi  menambahbaikkan  kecekapan
          operasi. Adalah menjadi keutamaan untuk  pengkomputeran proses  dari mula hingga akhir proses dan
          integrasi  kesemua  sistem  aplikasi.  Manakala  infrastruktur  ICT  akan  ditambahbaikkan
          bagi  memastikan  pencapaian  yang  tinggi  untuk  semua  kemudahan  dan  perkhidmatan.

                 Kita  perlu  mendedahkan  pelajar-pelajar  kita  kepada  Teknologi  Maklumat  dan
          membenarkan  mereka  mengakses  maklumat  dan  pengetahuan  dengan  beberapa  cara.
          Dengan  ini,  pelajar-pelajar  dapat  menjadi  seorang  yang  ingin  belajar  seumur  hidup,
          bersikap  kreatif  dan  inovatif.  Adalah  diharapkan  Pelan  Strategik  ini  dapat  menyediakan
          persekitaran  dan  teknologi  yang  akan  membantu  pelajar-pelajar  di  dalam  pencapaian  mereka.

          Penyelidikan  sekarang  perlu  dianjak  ke  ‘high  impact  research’.    Dengan  ini  juga  diharap
          Pelan  Strategik  ICT  ini  dapat  memberi  kemudahan  yang  baik  bagi  menyokong  ‘high  impact
          research’  melalui  teknologi  ‘Grid  Computing’  dan  kemudahan  ICT  yang  berprestasi  tinggi.


                 Akhir  sekali  saya  berharap  Pelan  Strategik  ICT  UM  akan  memberi    laluan  kepada
          persekitaran  ICT    yang  menampung  pembelajaran  yang  lebih  baik  untuk  komuniti  UM.







          Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee
          Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
          Timbalan Naib Canselor Pembangunan
          Universiti Malaya




























                                                            2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9