Page 5 - Pelan Strategik ICT
P. 5
2010 - 2012 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
2 | Ringkasan Eksekutif
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memainkan
peranan penting dalam kejayaan secara berterusan Universiti Malaya
(UM). Bagi UM untuk melonjak di kalangan 100 universiti utama
dunia dalam jangka dua atau tiga tahun ini, maka sokongan dan
perkhidmatan ICT makin meningkat kepentingannya. Warga
universiti senantiasa bergantung kepada Desktop PCs, komputer
riba atau alat peranti mudah alih untuk dihubungkan kepada
talian untuk mendapat akses kepada pelbagai perkhidmatan
seperti emel, UMExpert, UMPortal, Digital Library atau salah
satu dari beratusan aplikasi yang sedia ada. Setelah di beri
mandat, PTM bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan
senantiasa berada pada tahap mudah capai yang tinggi.
Applikasi dan perkhidmatan baru senantiasa diperlukan
oleh pengguna dan PTM menghadapi cabaran untuk menyediakan
kesemua perkhidmatan pada tempoh yang tersingkat.
Pelan Strategik ICT merupakan satu komitmen PTM untuk mempertingkatkan perkhidmatan ICT
sedia ada di universiti. Pelan Strategik ICT menyediakan kerangka untuk merevolunisikan dan
melonjak kedepan sokongan dan perkhidmatan yang sedia ada. Oleh kerana UM merupakan
sebuah universiti yang tertua di Malaysia, maka kebanyakan infrastruktur ICT dan
perkhidmatan yang sedia ada perlu berubah sejajar dengan perubahan terkini. Oleh yang demikian,
sudah tiba masanya perkhidmatan ICT di revolunisasikan dengan tema ”Revolusi bukan
evolusi”. Beberapa perubahan utama telah dicadangkan bagi infrastruktur ICT serta untuk menukar
proses universiti kepada secara berkomputer sepenuhnya dalam merealisasikan inisiatif tanpa kertas.
Sokongan dan perkhidmatan ICT sangat bergantung kepada bajet untuk merealisasikan
pelan ICT di UM. UM membelanjakan sejumlah RM12 juta setiap tahun untuk membiayai
pembangunan infrastruktur rangkaian, pembelian PC, komputer riba, pelayan dan peralatan
berkaitan yang lain, akses internet, fasiliti pusat data dan lesen perisian. Walaupun
bajet telah dikurangkan, adalah wajar pembelanjaan berhemah diamalkan tanpa memkompromikan
keperluan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prasarana. Ini merupakan satu
cabaran bagi PTM. Oleh itu, Pelan Strategik ICT telah digubal untuk menyahut cabaran ini.
Dr.David Asirvatham
Pengarah
Pusat Teknologi Maklumat
3