Page 9 - Pelan Strategik ICT
P. 9

2010 - 2012             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)


















           3.4.2 Fungsi

                 •   Mengenalpasti, merancang dan mengaplikasi teknologi baru perkakasan dan perisian pusat
                    data yang berprestasi tinggi,  boleh-skala (scalable) dan selamat (secure) untuk digunakan
                    oleh Pusat Data PTM bagi menyokong aplikasi dan perkhidmatan ICT Universiti Malaya.
                 •   Mengenalpasti dan mengaplikasikan teknologi bersesuaian untuk melancarkan dan
                       meningkatkan kepuasan pengguna (user experience)  semasa menggunakan sistem
                       aplikasi yang dibangunkan oleh PTM dengan teknologi bersesuaian. Contohnya,
                       penggunaan UMMail dipertingkatkan dari segi user experience  dengan aplikasi teknologi
                        seperti load balancer (untuk meningkatkan availability) dan teknologi  penapisan spam
                        (untuk  mengurangkan junk email).
                 •   Menyelenggara dan mengawasi kemudahan infrastrukur pusat data yang terdiri daripada
                    pelayan, perisian dan peralatan yang menyokong aplikasi dan perkhidmatan ICT Universiti
                    bagi memastikan availability, prestasi, kapasiti dan keselamatan pelayan, perkakasan dan
                    aplikasi berada pada tahap yang tinggi.
                 •   Mengurus menyelenggaraan dan memantau penggunaan Storage Area Network  dan
                       Infrastrukur Virtualisasi bagi mencapai objektif pemusatan storan dan pelayan (storage and
                        server consolidation).
                 •   Mengurus backup dan restore aplikasi dan pangkalan data.
                 •   Menyediakan perkhidmatan DNS untuk kampus (um.edu.my).
                 •   Mengurus perkhidmatan Webhosting untuk PTj –PTj di Universiti Malaya.
                 •   Membangun, menyelenggara dan memantau infrastruktur pelayan bagi Tapak Pemulihan
                    Bencana.
                 •   Menyumbang kearah pengujian Pelan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Plan)  dengan
                    menguji pemulihan aplikasi dan pangkalan data.
                 •   Mengurus perjanjian bagi khidmat sokongan, pembaharuan lesen dan perlanjutan waranti
                    bagi pelayan, pangkalan data dan perisian.
                 •   Mengurus bilik pelayan dari aspek keselamatan, kapasiti, kebersihan dan perkara-perkara
                    yang berkaitan dengannya.
                 •   Memantau fasiliti persekitaran (environmental facility) seperti sistem hawa dingin, sistem
                    pencegah kebakaran dan UPS (Uninterruptable Power Supply) di   Pusat Data.


















                                                            7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14