Page 13 - Pelan Strategik ICT
P. 13
2010 - 2012 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Encik Yoo Sang Nge
Ketua Bahagian Perancangan dan Pengkomputeran Penyelidikan
Pusat Teknologi Maklumat
3.8 BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENGKOMPUTERAN PENYELIDIKAN (BPPP)
3.8.1 Latar Belakang
Perancangan ICT UM bertujuan merealisasikan visi dan misi UM. Dalam usaha meningkatkan
kemudahan dan perkhidmatan ke taraf dunia, staf PTM bersama dengan warga UM perlu
melalui proses transformasi untuk menerap nilai teras universiti terutamanya integriti,
profesionalisme, semangat berpasukan, akauntabiliti, meritokrasi, kreativiti, hormat
menghormati dan berminda terbuka. PTM akan mengadaptasi SPK (Sistem Pengurusan
Kualiti) UM untuk mematangkan pengurusannya.
BPPP mengkaji teknologi ICT terbaru untuk diadaptasikan dengan tujuan memangkin inovasi
dan perubahan organisasi. Ia juga bertanggungjawab dalam proses implementasi, bermula
dengan tahap perintis sehingga ke tahap aliran utama (main stream).
3.8.2 Fungsi
• Pengurusan PTM berasaskan piawaian MS ISO 9001. Di antara ciri-ciri yang akan
ditekankan adalah penambahbaikan berterusan, pembudayaan dokumentasi, pengurusan
perubahan, pencapaian KPI dan kawalan kualiti.
• BPPP akan menyelaraskan perancangan antara bahagian-bahagian menerusi
pengumpulan maklumat ICT yang terkini untuk digunakan sebagai asas perancangan dan
pengurusan.
• Pengkomputeran penyelidikan menggunakan Strategi Blue Ocean (Blue Ocean Strategy)
untuk meningkatkan jumlah penerbitan penyelidikan yang melibatkan PTM menyediakan
kemudahan ICT penyelidikan (contohnya, komputer berprestasi tinggi) untuk membantu
saintis menghasilkan penemuan baru. Faktor Kritikal Kejayaan (CSF) untuk menjadikan UM
HPC sebagai bidang kebitaraan memerlukan BPPP untuk memupuk perhubungan rapat
dengan penyelidik untuk memahami keperluan ICT serta penyediaan program latihan ICT
yang agresif untuk membina kemahiran HPC sedia ada yang amat terhad.
• Menyediakan landasan pengurusan ilmu untuk pengurusan dokumen dan menggalakkan
kolaborasi antara para penyelidik.
• Membangunkan Sistem Dokumentasi UM dengan melaksanakan projek e-filing dan
mendigitasikan dokumen lama.
• Mengkaji teknologi baru.
11