Page 17 - Pelan Strategik ICT
P. 17

2010 - 2012             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)






           Encik Mohd Norhisham Mohamad
           Penolong Pendaftar Pejabat Pentadbiran
           Pusat Teknologi Maklumat






           3.11 PEJABAT PENTADBIRAN (PP)


           3.11.1 Latar Belakang


                   Pejabat Pentadbiran terbahagi kepada 3 unit utama, iaitu :

                   •   Unit Cuti dan Dokumen
                   •   Unit Penyelengaraan Bangunan dan Inventori
                   •   Unit Perolehan dan Kewangan





           3.11.2 Fungsi

           Pejabat ini bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran yang merangkumi:

                   i) Pelaksanaan kerja-kerja pentadbiran

                          Membantu melaksanakan urusan perancangan sumber manusia, pelantikan
                          kakitangan, permohonan cuti kakitangan dan urusan pentadbiran lain, rekod
                          kompetensi staf dari masa ke semasa dan mengurus pelajar yang menjalani latihan
                          industri di PTM.


                   ii) Penyelengaraan bangunan dan pengrekodan inventori

                          Memastikan setiap aduan kerosakan di PTM diambil tindakan dengan segera serta
                          inventori peralatan, perabot, peralatan IT di PTM dan pengagihan peralatan IT yang
                          menggunakan peruntukan PTM ke seluruh kampus direkod .

                   iii) Pelaksanaan perolehan dan pemantauan kewangan

                          Mengurus dan memantau perbelanjaan supaya tidak melebihi peruntukan yang telah
                          diperaku dan menyediakan laporan tahunan kewangan PTM. Melaksanakan urusan
                          dokumen tender serta sebutharga daripada pembekal dan mengurus pembayaran
                          yang berkaitan perolehan yang telah dilaksanakan.












                                                           15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22