Page 16 - Pelan Strategik ICT
P. 16

2010 - 2012             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)






           Encik Muhammad Aminudin Bin Razali
           Ketua Bahagian Multimedia
           Pusat Teknologi Maklumat






           3.10 BAHAGIAN MULTIMEDIA (BMM)


           3.10.1 Latar Belakang


                   Bahagian Multimedia telah ditubuhkan pada akhir tahun 2009. Bahagian ini ditubuhkan bagi
                   membolehkan segala aplikasi berkenaan bahan dan kandungan digital dapat dibangunkan
                   dengan sempurna dan bersepadu. Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap segala
                   keperluan kandungan digital Universiti Malaya seperti membangunkan bahan multimedia
                   interaktif dan menghasilkan poster, iklan, grafik website dan fotografi, Perkhidmatan Video
                   Pengajaran dan Pembelajaran bagi menambahbaik proses pendidikan dan sebagainya.




          3.10.2 Fungsi


                 •   Menyediakan kemudahan dan sokongan bagi staf akademik menyediakan bahan
                        persembahan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran.
                 •   Menyediakan panduan penggunaan serta beroperasi sebagai pusat rujukan kepada staf
                     akademik dalam merekabentuk dan membangunkan bahan multimedia interaktif yang
                               bersesuaian.
                 •   Membangunkan bahan persembahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
                        multimedia interaktif seiring dengan perkembangan teknologi e-pembelajaran.
                 •   Merancang, mengurus dan menyedia secara usahasama membangunkan bahan video dan
                     audio digital untuk pengajaran dan pembelajaran di Universiti Malaya.
                 •   Mengkaji teknologi kandungan digital terkini dan mencadangkan penambahbaikan
                        bahan multimedia interaktif terkini untuk pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
                        matlamat pelaksanaan e-Pembelajaran memenuhi piawaian dan garis panduan yang
                        ditetapkan oleh Universiti Malaya.

























                                                           14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21