Page 14 - Pelan Strategik ICT
P. 14
2010 - 2012 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Encik Yoo Sang Nge
Ketua Bahagian Keselamatan, Latihan ICT dan Kawalan Kualiti
Pusat Teknologi Maklumat
3.9 BAHAGIAN KESELAMATAN, LATIHAN ICT DAN KAWALAN KUALITI (BKLKK)
3.9.1 Latar Belakang
• Keselamatan ICT
Setiap sistem PTM mesti diintegrasikan dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh untuk
memastikan potensi pencerobohan paling minima. Setiap Ketua Bahagian perlu
melaksanakan pemantauan untuk menjamin integriti data dan mengekalkan perkhidmatan
yang mampan. Keperluan keselamatan akan dipandu oleh piawaian ISO27001.
• Pembudayaan ICT bagi komuniti UM
Pembudayaan ICT boleh diukur dari tahap pengkomputeran dan penggunaan automasi. PTM
menumpukan kepada pembudayaan ICT dengan memberi latihan dan kesedaran teknologi
ICT kepada staf UM.
• Kawalan Kualiti hasil dan proses kerja
PTM menyediakan fasiliti dan aplikasi ICT yang memenuhi harapan pelanggan. Selain
daripada itu, kualiti produk akan diukur setaraf dengan piawaian industri iaitu sistem yang
selamat, berprestasi tinggi dan bertahan. Aspek proses pembangunan yang berkualiti juga
diutamakan, termasuk metodologi pembangunan yang teratur, koding yang berkualiti,
dokumentasi yang lengkap dan amalan metodologi pengurusan perubahan seiring dengan
penambahbaikan berterusan.
12