Page 11 - Pelan Strategik ICT
P. 11
2010 - 2012 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Puan Asiah Abu Samah
Ketua Bahagian Aplikasi Kolaboratif dan Komunikasi
Pusat Teknologi Maklumat
3.6 BAHAGIAN APLIKASI KOLABORATIF & KOMUNIKASI (BAKK)
3.6.1 Latar Belakang
Bahagian Aplikasi Kolaboratif & Komunikasi (BAKK), PTM telah diwujudkan dengan tujuan
untuk membangunkan aplikasi berteraskanweb portal kolaboratif berteraskan komuniti
yang merentasi keperluan pelbagai fungsi pentadbiran.
Secara amnya, projek pembangunan oleh BAKK lebih menumpukan kepada penggunaan
teknologi web baru bagi keperluan komuniti UM yang lebih terbuka dan berinovatif bagi
mengurangkan kerenah birokrasi. Selain itu, ahli BAKK juga mewakili UM dalam pelbagai
Jawatankuasa Teknikal Sumber Terbuka Sektor Awam anjuran MAMPU di peringkat
kebangsaan dan Jawatankuasa Teknikal di peringkat Antarabangsa untuk Master in Biosafety
by Distance Learning gabungan UM - United Nations Industrial Development Organization
(UNIDO-BINAS).
3.6.2 Fungsi
• Menghasilkan aplikasi sistem berinovatif berteraskan web untuk membolehkan warga UM
menambahbaik produktiviti dan kualiti kerja dan menjadikan proses kerja sedia ada lebih
mudah dan kos-efektif .
• Menggunapakai sumber teknologi Open Source yang inovatif untuk menghasilkan
aplikasi sistem berinovatif dan efisien.
• Mengkaji, merancang dan membangunkan aplikasi portal integratif baru mengenai aktiviti
pengurusan penyelidikan dan aktiviti akademik dan lain-lain keperluan khusus yang
berkaitan.
• Mengkaji dan merancang keperluan untuk melaksanakan pelbagai proses integrasi baru
yang merentasi pelbagai landasan aplikasi kolaboratif dan pentadbiran sedia ada.
• Mengkaji, merancang, menaiktaraf dan menyelenggara semua aplikasi portal kolaboratif
sedia ada bagi memastikan semuanya beroperasi dengan lancar dan sentiasa menepati
keperluan semasa, contohnya, UMEXPERT, UMMail/PerdanaMail, UMPortal, Umisisweb,
Laman Web UM, Sistem pengurusan Maklumat Penyelidikan (Research Management
Information System), Sistem Pengurusan Pengenalan Sentral (Central Authentication
Management System (Single Sign On), IAMS, dan lain-lain.
• Memberi khidmat nasihat dan latihan berkaitan penggunaan aplikasi teknologi
kolaboratif, teknologi Open Source, penyediaan laman web, pembangunan dan
penggunaan Portal Khas mengikut keperluan, implementasian teknologi SMS,
implementasian teknologi Kad Kredit Atas Talian dan proses penyebaran maklumat
melalui pelbagai landasan sedia ada.
9