Page 12 - Pelan Strategik ICT
P. 12
2010 - 2012 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Puan Nor’ain Mohamed
Ketua Bahagian Aplikasi Pentadbiran
Pusat Teknologi Maklumat
3.7 BAHAGIAN APLIKASI PENTADBIRAN (BAP)
3.7.1 Latar Belakang
Bahagian Aplikasi Pentadbiran telah ditubuhkan pada tahun 2002. Bahagian ini bertanggung
jawab terhadap pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi pentadbiran, secara
umumnya berkaitan pelajar, staf, kewangan dan fasiliti. Bahagian ini terdiri daripada:
• Seksyen Aplikasi Pelajar
• Seksyen Aplikasi Staf
• Seksyen Aplikasi Eksekutif dan Fasiliti, dan
• Seksyen Aplikasi Kad Pintar
Semenjak beberapa tahun lalu, BAP telah membantu PTj mengotomasi dan melaksanakan be-
berapa proses pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran secara atas talian. Di antara sistem
yang dibangunkan untuk menyokong keperluan tersebut ialah:
• Sistem Maklumat Pengurusan Universiti Malaya yang membantu pihak pengurusan
memantau petunjuk prestasi utama PTj.
• Sistem Kedatangan untuk merekod kehadiran kakitangan dan diperluaskan
penggunaannya ke seluruh kampus pada 2009.
• Sistem Penilaian Prestasi Online yang diperkenalkan secara berperingkat dan diguna
sepenuhnya secara online mulai 2009.
• Sistem Pengisian Markah Online untuk pensyarah merekod markah secara atas talian
• Sistem e-Permohonan untuk kemasukan pelajar ke UM.
• Sistem e-Recruitment untuk permohonan jawatan di UM.
• Sistem E-Undi untuk pemilihan MPMUM yang akan diguna sepenuhnya pada tahun 2010;
dan seterusnya.
3.7.2 Fungsi
• Membangunkan sistem aplikasi bertaraf enterprise yang menyokong proses
pembelajaran, pengajaran dan pentadbiran universiti.
• Melaksana dan mengurus sistem aplikasi yang dibangunkan selaras dengan keperluan
fungsi teras.
• Mengurus integriti dan integrasi sistem aplikasi.
• Menyediakan perkhidmatan konsultasi teknikal kepada PTj.
• Bekerjasama dengan PTj mengadakan taklimat, latihan dan roadshow bagi sistem aplikasi
yang dibangunkan.
10