Page 12 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 12
3.6.2. Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan yang Iayak untuk
menyertai Konvensyen KIK peringkat Universiti Malaya yang
ditentukan berdasarkan syarat penyertaan adalah muktamad.
3.6.3. Keputusan panel juri dalam Konvensyen KIK peringkat Universiti
Malaya terhadap penilaian projek kumpulan adalah muktamad.
4. PENGESAHAN PENYERTAAN KIK UM 2021
4.1. Setiap Kumpulan KIK perlu mengemukakan borang seperti LAMPIRAN A
berserta dengan Ringkasan eksekutif bagi tujuan penyertaan kepada
Koordinator KIK di PTj masing-masing.
4.2. Semua penyertaan daripada kumpulan KIK akan diminta membuat
persembahan ringkas di peringkat PTj. Persembahan boleh dilakukan
secara lisan/oral atau menerusi rakaman video konsep (tidak melebihi 4
minit) dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama Kumpulan KIK. Sesi ini
hendaklah dirakam menerusi aplikasi ZOOM/GoogleMeet/TEAMS.
4.3. Pihak PTj melalui Koordinator dan Penolong Koordinator akan menyenarai
pendek tiga (3) cadangan projek yang berpotensi untuk diluluskan
penyertaan.
BIL. PERKARA PENERANGAN
(a) Maklumat Nama kumpulan dan maklumat kumpulan
Kumpulan
(b) Ringkasan (i) 300-500 patah perkataan / tidak melebihi dua
Eksekutif muka surat
(ii) Ringkasan eksekutif akan dinilai merangkumi lima
(5) perkara :
i. Masalah/ projek inovasi/ penambahbaikan
yang dicadangkan sebagai projek
ii. Cadangan kaedah penyelesaian
iii. Anggaran Kos Projek
12 / 30