Page 11 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 11
(c) Fasilitator Pelantikan fasilitator terdiri daripada staf akademik
atau staf eksekutif yang bertindak sebagai penasihat.
Pelantikan fasilitator adalah bergantung pada
keperluan KIK dan bukan suatu kemestian. Fasilitator
boleh menjadi penasihat kepada lebih daripada satu
(1) kumpulan KIK.
(d) Ketua Ketua kumpulan merupakan salah seorang ahli KIK.
Kumpulan Persetujuan bersama hendaklah dicapai ketika proses
pemilihan ketua kumpulan sama ada bagi kumpulan
KIK PRIMER atau HIBRID, agar tidak timbul sebarang
isu yang boleh menjejaskan perkembangan kumpulan.
(e) Ahli-Ahli Keahlian KIK terdiri daripada 10 orang ahli
(maksimum) termasuk ketua kumpulan dengan
komposisi (30% staf Eksekutif dan 70% staf Operasi).
Bagi KIK HIBRID, keanggotaan kumpulan yang
mewakili PTj masing-masing hendaklah seimbang atau
pada bilangan yang munasabah.
(f) Identiti KIK digalakkan untuk mewujudkan identiti kumpulan
Kumpulan tersendiri seperti :
(i) Nama kumpulan;
(ii) Logo kumpulan;
(iii) Visi dan misi kumpulan; atau
(iv) Lain-lain perkara yang difikirkan bersesuaian.
3.6. Penolakan Penyertaan.
3.6.1. Urusetia berhak menolak penyertaan dari mana-mana kumpulan
KIK yang tidak layak berdasarkan syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
11 / 30