Page 6 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 6

3. SYARAT SYARAT PENYERTAAN



                   3.1.  Penyertaan dalam KIK UM 2021 adalah terbuka kepada staf Eksekutif dan

                         Operasi  untuk  membentuk  kumpulan-kumpulan  KIK  bagi  mewakili  Pusat
                         Tanggungjawab (PTj) masing-masing.



                   3.2.  Bidang Projek

                         3.2.1.  Inovasi Sosial


                                  Inovasi  sosial  merangkumi  kaedah  penyelesaian  baharu  (idea,

                                  model  dan  perkhidmatan)  yang  mampu  memenuhi  kepentingan
                                  sosial  dengan  Iebih  berkesan  dan  mengutamakan  penglibatan

                                  masyarakat secara menyeluruh.


                                  Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian

                                  impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada
                                  proses  penglibatan  masyarakat  dalam  membangunkan  sesuatu

                                  inovasi.


                                  Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah:


                                   • Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan

                                     penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk
                           1         mendapatkan hasil yang terbaik.



                                    Jalinan   rangkaian    yang    menggalakkan       kerjasama    dan
                                    kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam,
                              2     pihak swasta dan individu dalam masyarakat.



                                    Pembangunan inisiatif baharu oleh organisasi bersama-sama
                                     masyarakat bagi rnemastikan penyampaian perkhidmatan
                           3         yang menepati keperluan sebenar mereka.







                                                         6 /  30
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11