Page 3 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 3

1. LATAR BELAKANG



                   1.1.  Pelaksanaan program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Malaya

                         adalah  selaras  dengan  pelancaran  ’Malaysia  Inovatif  2010’  oleh  YAB
                         Perdana  Menteri,  dan  merupakan  salah  satu  usaha  Universiti  dalam

                         meningkatkan budaya kreatif dan inovatif dalam perkhidmatan awam.


                   1.2.  Kumpulan  Inovatif  dan  Kreatif  (KIK)  merujuk  kepada  sekumpulan  staf
                         yang membentuk satu kumpulan untuk melaksanakan projek KIK.



                   1.3.  Objektif program ini adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti
                         dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan

                         kepada pelanggan.


                   1.4.  Pelaksanaan program KIK di Universiti Malaya akan dapat:


                         1.4.1.  Memperkenalkan  sistem  dan  cara  kerja  baru  yang  secara  tidak

                                langsung  dapat  meningkatkan  mutu  penyampaian  perkhidmatan
                                Universiti  melalui  idea-idea  kreativiti  dan  inovatif  staf  pelbagai

                                peringkat;


                         1.4.2.  Memupuk kerjasama di kalangan warga Universiti melalui persaingan

                                bagi  melahirkan  idea-idea  kreativiti  dan  inovatif  dalam  penciptaan
                                sesuatu sistem dan cara kerja baru;


                         1.4.3.  Menjadi wadah kepada staf mempelajari teknik dan pendekatan yang

                                digunakan  bagi  permasalahan  yang  dibentangkan  dan  kaedah

                                penyelesaian secara sistematik;


                         1.4.4.  Melahirkan budaya kerja berpasukan dan mengeratkan perhubungan
                                yang harmoni di antara pekerja dengan pihak pengurusan;





                                                         3 /  30
   1   2   3   4   5   6   7   8