Page 4 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 4
1.4.5. Meningkatkan kepuasan pelanggan dan pemegang taruh
(stakeholders) melalui penciptaan atau penambahbaikan sistem dan
cara kerja baru;
1.4.6. Memperkukuhkan nilai teras (Passion, Oneness, Integrity, Sincerity,
Empathy) dan meningkatkan imej Universiti Malaya.
1.5. Garis panduan ini dihasilkan berdasarkan kepada pekeliling yang
dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Pekeliling Transformasi
Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 mengenai Panduan Pembudayaan
dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu
Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
FASA PELAKSANAAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI
DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
Penghasilan Pengembangan
Projek Pengiktirafan Projek
1.6. Projek-projek terbaik yang dihasilkan oleh KIK PTj akan dipertandingkan
dalam Konvensyen peringkat Universiti Malaya yang diadakan secara
tahunan dan berpeluang untuk untuk mewakili Universiti dalam pertandingan
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
1.7. Projek yang terpilih berpotensi melalui senarai akhir program akan disyorkan
untuk dipaten dan membentuk kerjasama bersama dengan mewujudkan
syarikat spin-off bagi tujuan pelaburan dan pengkomersialan.
4 / 30