Page 7 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 7
3.2.2. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea
baharu yang kreatif dan inovatif untuk mentransformasikan
penyampaian perkhidmatan. Inovasi penyampaian perkhidmatan
bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian
perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan
kepuasan hati pelanggan. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai
nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih
inovatif, memperluaskan liputan perkhidmatan dan mudah diakses
oleh pelanggan. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan
kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun
pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek
• Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi;
• Budaya Kerja;
• Kewangan dan Aset;
• Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
• Pengurusan Sumber Manusia;
• Pengurusan Projek Pembangunan; dan
• Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
7 / 30