Page 101 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 101
IOD7003 Pembangunan Perniagaan Islam
Kursus ini antara lain membincangkan konsep-konsep keusahawanan serta aspek-
aspek perniagaan seperti pengurusan, perancangan, pemasaran, pengeluaran dan
perkembangan organisasi. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip dan ciri-
ciri usahawan Muslim. Pelajar juga akan dilatih bagaimana untuk menyediakan
rancangan perniagaan yang mana merupakan elemen terpenting dalam kursus ini.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghujah konsep keusahawanan dan kepentingannya dalam Islam. [C5,
P2, A4]
2. Menghuraikan ciri-ciri usahawan muslim . [C2, A3]
3. Menganalisis persekitaran luaran dan dalaman untuk melihat peluang-
peluang perniagaan yang boleh diceburi. [C4]
4. Menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan berdasarkan proses
dan garis panduan membuat rancangan perniagaan. [C6, P4, A4]
Rujukan Utama:
1. Kuratko, Donald F. and Hodgetts, Richard M. (2006), Entrepreneurship. 7th
edition, USA: Thomson Learning.
2. Fatimah Abdullah (2014), Islamic Ethics and Character Building. Kuala
Lumpur: IIUM Press
3. Ab. Aziz Yusof (2000), Usahawan dan Keusahawanan: Satu Penilaian.
Petaling Jaya: Prentice Hall.
4. Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), Keusahawanan Islam.
cetakan pertama, Petaling Jaya: Prentice Hall
5. Nor Azzah Kamri et al. (2013). Islamic Perspective on Management:
Contemporary Issues. Kuala Lumpur: YaPEIM Management Academy &
APIUM.
6. Hisrich, Robert D. and Peters, Micheal P (2012), Entrepreneurship. 9th
edition, Howewood, IL: McGraw-Hill-Irwin.
Kemahiran Insaniah:
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS5
101