Page 103 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 103

Kemahiran Insaniah:

                        1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
                        2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL3
                        3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3

                    IOE7002  Pengurusan Pentadbiran Islam Kontemporari

                    Kursus ini akan mendedahkan  pelajar   kepada konsep dan ciri-ciri pengurusan
                    pentadbiran  terkini  dari  perspektif  Islam.  Isu-isu  seperti  pengorganisasian,
                    kepimpinan  dan  komunikasi  berkesan,  motivasi,  perancangan  dan  perlaksanaan
                    strategik, budaya organisasi dan TQM akan dibincangkan.

                    Kursus  ini  akan  mengetengahkan  perspektif  Islam  terhadap  isu-isu  yang
                    dibincangkan di atas. Perbincangan akan turut melihat kepada aspek pengurusan
                    pentadbiran konvensional dan Islam, dan bagaimanakah pengurusan pentadbiran
                    konvensional dan Islam diintegrasikan untuk menghasilkan kesan sinergi kepada
                    organisasi.

                    Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan: 50%
                                                       Peperiksaan Akhir: 50%

                    Bahasa Pengantar   : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

                    Hasil Pembelajaran:

                    Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

                        1.  Membandingkan pengurusan pentadbiran dari perspektif konvensional dan
                           Islam. [C4, A3]
                        2.  Menganalisis elemen-elemen pengurusan pentadbiran Islam kontemporari.
                           [C4, A3]
                        3.  Mengamalkan  pendekatan-pendekatan  pengurusan  berkesan  untuk
                           mempertingkatkan daya saing organisasi. [C3, A4]
                        4.  Mengaplikasikan kaedah pengurusan Islam kontemporari sebagai kaedah
                           penyelesaian masalah organisasi. [C3, P2, A5]

                    Rujukan Utama:

                        1.  Dessler, G.( 2006). Management,  New Jersey: Prentice Hall.
                        2.  Griffin, R., (2008). Management, Boston: Houghton Mifflin Company.
                        3.  Shafi, M., (1993). Islamic values. London: Islamic Educational Foundation.
                        4.  Al-Buraey, M., (1985). Administrative development: An Islamic Perspective.
                           London: Kegan Paul International.
                        5.  W.Robert  Lovan  (2004),  Participatory  Governance  Planning,  Conflict
                           Mediation  &  Public  Decision  Making  in  Civil  Society,  England:  Ashgate
                           Publishing Limited.
                                                                                           103
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108