Page 102 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 102
IOE7001 Siasah Syar’iyyah Lanjutan
Kursus ini merupakan kursus lanjutan dalam bidang siasah syar`iyyah. Ia
membincangkan secara lebih mendalam mengenai siasah syar‘iyyah dan beberapa
permasalahan yang berkaitan dengannya. Ia merangkumi perbincangan tentang
definisi, prinsip, matlamat, kepentingan, dalil-dalil dan contoh amalan siasah
syar‘iyyah. Kaedah ijtihad dan kaedah-kaedah fiqh yang ada hubungkaitnya dengan
siasah syar‘iyyah turut dibincangkan. Kursus ini juga akan mengkaji beberapa
pandangan ulama silam dan ulama kontemporari mengenai siasah syar‘iyyah,
termasuk juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan politik dan kenegaraan.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menganalisis konsep dan metodologi siasah syar'iyyah berasaskan sumber
hukum dan pandangan ulama. [C4]
2. Membandingkan antara kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam siasah
syar'iyyah. [C5]
3. Menilai isu-isu hukum semasa yang berkaitan dengan siasah syar'iyyah.
[C6, A3]
Rujukan Utama:
1. Rabasa, A. (2014). Political Islam in Southeast Asia: Moderates, Radical
and Terrorists. Routledge.
2. Black, A. (2011). The history of Islamic political thought: from the Prophet
to the present. Edinburgh University Press.
3. Eligür, B. (2010). The mobilization of political Islam in Turkey. Cambridge
University Press.
4. Ayoob, M. (2011). The many faces of political Islam: Religion and politics in
the Muslim world. University of Michigan Press.
5. Yusuf al-Qaradawy ( 1998 ) Siasah Syar'iyyah Fi Daw Nusus al-Syariat Wa
Maqasidiha. Kaherah: Maktabah Wahbah.
6. Al-Mawardi, Abu al-Hassan Ali ibn. Muhamad (2005) al-Ahkam al-
Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah. Beirut :Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
7. Khallaf, Abd al-Wahhab Khallaf (1997), al-Siyasah al-Syar'iyyah Aw Nizam
al-Dawlah al-Islamiyyah fi al- Syu'un al-Dusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa al-
aliyyah.Beirut: Mu'assah al-Risalah.
8. Abdul al- Al Ahmad Utwah, (1993), Al Madkhal ila al-Siyasah al-Syari‟yyah,
Riyadh.
102