Page 196 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 196

Kemahiran Insaniah:

                       1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
                       2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL3
                       3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3

                   TERAS PROGRAM [12 KREDIT]

                   IOH7001  Historiografi dan Falsafah Sejarah Islam

                   Kursus  ini  akan  membincangkan  tentang  kemunculan  pemikiran  falsafah  sejarah
                   serta prinsip penulisan sejarah Islam dalam konteks perbandingan dengan tradisi
                   ilmu moden. Pengumpulan sumber-sumber sejarah dan metodologi penulisan akan
                   dianalisis  untuk  melihat  aliran  penulisan  dan  sumber  yang  digunapakai  dalam
                   menghasilkan karya-karya sejarah..

                   Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan: 50%
                                                      Peperiksaan: 50%

                   Bahasa Pengantar   : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

                   Hasil Pembelajaran:

                   Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

                       1.  Menilai penulisan sejarah Islam dari aspek falsafah, metodologi penulisan
                          dan karya-karya yang berautoriti dalam sejarah Islam. [C5, A2]
                       2.  Menganalisis  perkembangan  pemikiran  falsafah  sejarah  Islam  dan
                          perbezaannya dengan falsafah barat. [C5, P2, A2]
                       3.  Membanding  prinsip  falsafah  sejarah  dan  tamadun  Islam  dalam  konteks
                          falsafah sejarah dan tamadun Barat. [C5, A2]
                       4.  Merumus fenomena sejarah untuk dikaitkan dengan perkembangan
                          semasa. [C5, P4, A2]

                   Rujukan Utama:

                       1.  Wan Mohd Nor Wan Daud & Muhammad Zainiy Uthman (2010), Knowledge,
                          Language, Thought and the Civilization of Islam, Skudai: Penerbitan UTM.
                       2.  Ibn Khaldun (2012), Muqadimah, (terj. DBP), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
                          dan Pustaka.
                       3.  Imad al-Din (1991), Islamiyyat al-Ma'rifah, Herdon Virginia: The International
                          Institute of Islamic Thought.
                       4.  Edward Said (2011), Orientalism, United Kingdom: Penguin.
                       5.  Subhi Ahmad Mahmood (1975), Fi Falsafah al-Tarikh, Iskandariah.
                       6.  M.G. Rasul (1970), The Origin and Development of Muslim Historiograghy,
                          Lahore: Orientalia Art Ltd.
                                                                                           196
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201