Page 199 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 199

Kemahiran Insaniah:

                       1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                       2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                       3.  Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2

                    ELEKTIF [4 KREDIT]
                   IOF7001    Karya Akidah dan Pemikiran Islam

                   Kursus ini membincangkan tema-tema utama karya akidah dan pemikiran Islam yang
                   mencakupi  beberapa  sub  bidang  utama  seperti  ilmu  kalam,  falsafah,  tasawuf  dan
                   perbandingan agama. Kandungan dan metodologi penulisan teks serta aliran pemikiran
                   pengarangnya  akan  dikupas  sesuai  dengan  perkembangan  semasa  dalam  bidang-
                   bidang tersebut. Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar kaedah terbaik dalam
                   berinteraksi dengan teks-teks turath yang penting dalam bidang akidah dan pemikiran
                   Islam sama ada teks silam atau karya semasa dalam bidang tersebut.

                   Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan: 50%
                                                      Peperiksaan: 50%

                   Bahasa Pengantar   : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

                   Hasil Pembelajaran

                   Di  akhir kursus ini, pelajar dapat:

                       4.  Menghuraikan  tema-tema  utama  karya  akidah  dan  pemikiran  Islam  yang
                          mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf
                          dan perbandingan agama dalam teks utama. [C3]
                       5.  Menganalisis kandungan teks akidah dan pemikiran Islam dari sudut metodologi
                          penulisan dan aliran pemikiran pengarang. [C4]
                       6.  Menilai kesesuaian idea yang dikemukakan pengarang bagi menyelesaikan
                          isu-isu akidah dan pemikiran Islam semasa [C5, P2, A3]

                   Rujukan Utama:

                       6.  Mohd Faizal bin Abdul Khir, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Ahli Kitab
                          Menurut  Ibn  Hazm  dan  al-Shahrastani,  (Kuala  Lumpur:  Dewan  Bahasa  dan
                          Pustaka). 2015.
                       7.  Sharifah Basirah Syed Muhsin, Che Zarrina Sa`ari, Kaedah Psikoterapi Islam
                          Berasaskan  Konsep  Maqamat  Abu  Talib  al-Makki.  (Kuala  Lumpur:  Dewan
                          Bahasa dan Pustaka). 2015.
                       8.  Mohd Aizam bin Mas'od, Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia,
                          (Kuala Lumpur: Jabtan Kemajuan Islam, Malaysia). 2013.
                       9.  Mohd  Farid  Mohd  Shahran,  Akidah  dan  Pemikiran  islam:  Isu  dan  Cabaran.
                          (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia). 2013.
                                                                                           199
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204