Page 47 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 47
IOB7002 Undang-undang Jenayah Islam Kontemporari
Kursus ini memperkenalkan kepelbagaian undang-undang jenayah Islam yang
dilaksanakan dibeberapa negara Islam yang terpilih, termasuk Malaysia Indonesia,
Nigeria Pakistan dan sebagainya. Ia akan mengupas kandungan undang-undang
substantif dan mengkaji perbezaanya serta bagaiamana ia dilaksanakan. Selain itu,
kursus ini juga akan menumpukan perbincangan kepada isu-isu murtad, hak asasi
manusia, gender dan isu-isu yang berkaitan dengan keadilan dengan melihat
kepada kes-kes yang berlaku di negara berkenaan.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengkaji Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam yang ada di
beberapa negara Islam terpilih [C2, P3, A3]
2. Menilai sejauhmana pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di
negara berkenaan. [C5, P3, A3]
3. Mengkaji impak pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di peringkat
tempatan dan antarabangsa [C2, P3, A3]
Rujukan Utama:
1. Usmani, M.T (2006), "The Islamisation of Laws in Pakistan: The Case of
Hudud Ordinances", The Muslim World, vol.96, pp.287-304.
2. Peters,R (2013), Islamic Criminal Law in Nigeria. Spectrum Ibadan.
3. Peters. R (2005), Crime and Punishment in Islamic Law: Theory & Practice
from the 16th to 21st Century. Cambrige: Cambridge University Press.
4. Mahmood, T. (2005) Criminal Law in Islam and the Muslim World: A
Comparative Perspective, Institute of Objective Studies.
5. Jan. M. Otto (ed) (2012), Sharia Incorporated: A comparative overview of
the legal systems of twelve muslims countries in the past and present,
Leiden: Leiden University Press.
Kemahiran Insaniah:
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
47