Page 50 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 50
9. Surtahman Kastin Hasan (2011), Ekonomi Islam; Pengenalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemahiran Insaniah:
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS5
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3
IOC7002 Isu Semasa Transaksi Ekonomi Islam
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang teori transaksi ekonomi Islam dan
amalannya dalam perbankan dan kewangan semasa. Kursus ini juga menganalisis
isu-isu semasa transaksi ekonomi Islam dalam amalan perbankan Islam, takaful
dan pasaran modal Islam, dan mengemukakan penyelesaiannya praktikal menurut
muamalat Islam.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengaplikasi transaksi ekonomi Islam dalam amalan perbankan dan
kewangan semasa [C3, A3]
2. Menganalisis isu-isu semasa transaksi dalam takaful menurut muamalat
Islam [C4]
3. Menganalisis isu-isu semasa transaksi perbankan Islam menurut muamalat
Islam [C4]
4. Menilai masalah-masalah utama ekonomi menurut perspektif ekonomi
Islam [A3]
5. Menilai aplikasi prinsip-prinsip transaksi Islam dalam pasaran wang dan
modal Islam [C4, A3]
Rujukan Utama:
1. Asmak AB Rahman et al (2008), Sistem Takaful di Malaysia Isu-isu
Kontemporari, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
2. Asyraf Wajdi Dusuki, et al (2011), Fundamentals of Islamic Banking, KL:
IBFIM.
3. Bank Negara Malaysia (2007), Shariah Resolutions in Islamic Finance, KL:
Bank Negara Malaysia.
4. Hailani Muji Tahir, et al (2009), Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem
Kewangan Islam, Shah Alam: UiTM.
5. ISRA (2012), Islamic Financial System: Principles and Operation, KL: ISRA.
50