Page 46 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 46
ELEKTIF [4 KREDIT]
IOB7001 Perundangan Islam Kontemporari
Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar latar belakang perundangan serta
perkembangannya termasuklah jurisprudens dan penulisan penulisan penting
perundangan Islam. Kursus ini juga akan membincangkan aspek-aspek undang-
ndang dan statut, aspek pentadbiran dan organisasi serta pelaksanaan
perundangan Islam. Ianya juga akan membincangkan konflik dan isu berbangkit
serta reformasi perundangan Islam masa kini dalam pelbagai aspek di negara-
negara Islam.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Membuat inferens terhadap latarbelakang, metodologi dan prinsip-prinsip
yang mendasari isu-isu perundangn Islam kontemporari [C4]
2. Menggabungjalinkan sumber-sumber kajian dan data yang relevan dengan
isu-isu semasa yang berlaku [C5, P3, A4]
3. Menganalisis isu-isu perundangan semasa dari perspektif jurisprudens
perundangan Islam [C4]
Rujukan Utama:
1. Ergene, B. A. (December 07, 2013). Islamic Law in Action: A Historical
Discussion. Law & Social Inquiry, 38, 4, 1041-1057
2. Masud, M. K., (2013). Shari'a today: Essays on contemporary issues and
debates in Muslim societies. qbal Islamabad: International Institute for
Research and Dialogue., & National Book Foundation (Pakistan).
3. Ballantyne, W. M. (2013). Essays and Addresses on Arab Laws. Hoboken:
Taylor and Francis
4. Baderin, M. A. (2014). Issues in islamic law. S.l.: Ashgate.
Kemahiran Insaniah:
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
46