Page 156 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 156
KURSUS ELEKTIF PROGRAM
IIK1001 PEMBANGUNAN DALAM ISLAM
Kursus ini akan mendedahkan kepada para pelajar tentang asas pembangunan masyarakat
Islam, di mana para pelajar akan mengetahui konsep pembangunan masyarakat Islam, aspek
pembangunan masyarakat dalam Islam serta dimensi-dimensi pembangunan masyarakatnya
sepanjang sejarah Islam. Dalam kursus ini juga akan dibincangkan mengenai model
masyarakat Islam yang membangun, implikasi pembangunan masyarakat Islam terhadap
tamadun kemanusiaan dan juga isu-isu berkaitan masalah pembangunan masyakarat Islam,
punca dan penyelesaian.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan pengertian istilah-istilah yang berkaitan dengan teori pembangunan dan
pembangunan Islam. [C3, P1, A2]
2. Menganalisis asas-asas utama sebagai dasar pembangunan menurut Islam. [C3, P1, A2]
3. Merumuskan aspek-aspek dalam pembangunan dan perlaksanaannya dalam sejarah
Tamadun Islam. [C3, P1, A2]
4. Mengenalpasti masalah-masalah yang timbul sebagai implikasi dari pembangunan dan
cara penyelesaiannya menurut Islam. [C3, P1, A2]
Rujukan
1. Malek Bennabi (1989), Shurut al-Nahdah, cet. iv, Damsyik: Dar al-Fikr.
2. Ismail R. al-Faruqi, Lois Lamya' al-Faruqi (1986), The Cultral Atlas of Islam, London: Mac
Millan.
3. Mahayuddin Haji Yahya (2001), Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
4. __________________ (1986), "Pembangunan Negara dari perspektif Islam", dalam Islam
dan Pembangunan Negara, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Abul Hasan Ali al-Hasani al-Nadawi (1984), Kerugian Apakah Yang Diderita Dunia Akibat
Kemerosotan Kaum Muslimin, terj. Abu Laila Muhammad Tohir, Beirut: Internasional
Islamic Federation of Student Organizations.
6. Abdul Rahman, Ibn Khaldun (t.t), Muqaddimah, Iskandariah: Dar Ibn Khaldun.
7. Ahmad Syalabi (1980), Mausuah al-Nuzum wa al-Hadarah al-Islamiah, Kaherah:
Maktabah al-Nahdah al-Misriah.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
IIK1002 TAMADUN ISLAM DI AFRIKA DAN EROPAH
Kursus Tamadun Islam di Afrika dan Eropah dikemukakan bagi menganalisis pencapaian dan
keunggulan tamadun Islam di kawasan ini dalam beberapa era sejarahnya. Kursus ini juga
dikemukakan bagi melihat bidang-bidang utama pencapaian Tamadun Islam di kawasan ini
dan pengaruhnya kepada kebangkitan Tamadun Eropah moden.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Membincangkan gambaran pencapaian politik dan tamadun umat Islam di Afrika dan
Eropah era kekuasaan Islam. [C2, P1, A3]
2. Menganalisis keunggulan Tamadun Islam di Eropah dan Afrika dan pengaruhnya
kepada kemajuan pembangunan Eropah Moden. [C2, P1, A3]
3. Membandingkan di antara pencapaian Tamadun Islam di Eropah dengan Tamadun
Islam di Asia. [C2, P1, A3]
156