Page 158 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 158
IIK1004 MADHKAL AL-TARIKH WA AL-HADARAH AL-ISLAMIYYAH
Kursus ini mebincangkan definisi sejarah dan Tamadun Islam, sumber-sumber dan ciri-
cirinya, sejarah dan tamadun Islam yang berlaku dari zaman Rasulullah S.A.W. hingga
kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Islam di Asia serta cabaran Tamadun Islam
kontemporari.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian sejarah dan Tamadun Islam dan ciri-ciri Tamadun Islam melalui
penelitian ke atas pandangan-pandangan yang diberikan oleh sarjana-sarjana Timur
dan Barat. [C3, P1, A2]
2. Mengenalpasti sumber-sumber dan penulisan sejarah dan Tamadun Islam. [C3, P1, A2]
3. Melaporkan secara umum sejarah dan tamadun Islam yang berlaku dari zaman
Rasulullah S.A.W. hingga kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Islam di Asia. [C3, P1,
A2]
4. Menganalisa masalah dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di dalam Tamadun
Islam pada hari ini. [C3, P1, A2]
Rujukan
1. M.A. J. Beg (2006), Islamic and Western Concepts of Civilization : An Analysis of History,
Cambridge : Islamic Civilization Books.
2. Abdul Rahman Haji Abdullah (1994), Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti (2008), Fiqh Al-Sirah, Selangor: Dewan Pustaka
Fajar.
4. Amira K.Bennison (2009), The Great Caliphs: The Golden Age of 'Abbasid Empire, New
York: I.B Tauris & Co Ltd.
5. Heba Nayel Barakat, 2012, The Timeline of Islamic Civilizations, Kuala Lumpur: Islamic
Arts Museum Malaysia.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
IIK2001 SEJARAH ISLAM DI NUSANTARA
Kursus ini membincangkan sejarah Islam di Alam Melayu bermula dengan pemahaman
kepada konsep Alam Melayu dan istilah Melayu diikuti dengan teori kedatangan dan
perkembangan Islam ke Nusantara, sumber-sumber sejarah Islam di Nusantara serta konflik
dan cabaran umat Islam kontemporari di Nusantara.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan dengan kata sendiri istilah Melayu dan asal usul bangsa Melayu
berdasarkan penulisan sarjana Timur dan barat. [C3, P2, A3]
2. Menganalisa sumber-sumber primer sejarah Islam di Nusantara bagi memperolehi fakta
yang tepat tentang sejarah kedatangan dan perkembangan Islam di Nusantara. [C3, P2,
A3]
3. Menghubung kait permasalahan dan konflik masyarakat Islam di Nusantara terutamanya
golongan minoriti di Thailand, Singapura dan Filipina. [C3, P2, A3]
Rujukan
1. Mohd Zaidi Ismail & Wan Suhaimi Wan Abdullah (2012), Adab dan Peradaban: Karya
Peng'iktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Petaling Jaya: MPH Group
Publishing Sdn. Bhd.
158