Page 239 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 239
2. Cheong, May Fong, (2010) Contract Law in Malaysia, Sweet & Maxwell Asia
3. Visu Sinnadurai ( 2011), Law of Contract , 4th edition, Kuala Lumpur: Lexis-Nexis Butterworths
4. Syed Ahmad Alsagoff ( 2010) , Principles of the Law of Contact in Malaysia, 3rd Edition , Kuala
Lumpur: Lexis-Nexis
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL2
IIM3008 UNDANG-UNDANG KONTRAK II
Kursus ini adalah kesinambungan kepada pengenalan undang-undang kontrak dalam bahagian 1. Ianya
akan membincangkan kontrak batal dan kontrak boleh batal, cara-cara perlaksanaan
kontrak,kemungkiran kontrak serta remedi kemungkiran kontrak. Elemen-elemen yang boleh
membatalkan sesuatu kontrak iaitu elemen paksaan, pengaruh tidak wajar, salahnyata , penipuan,
kesilapan, kontrak mestilah tidak menyalahi undang-undang dan kedudukan sekatan perniagaan.Kursus
ini akan juga membincangkan cara-cara perlaksanaan kontrak dan kategori perlaksanaan, kekecewaan
kontrak serta kemungkiran sesuatu kontrak serta remedi-remedi yang boleh diperolehi jika berlakunya
kemungkiran kontrak.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Menghuraikan elemen-elemen yang boleh membatalkan sesuatu kontrak dan implikasi
pembatalan kontrak [C3, P3, A3]
2. Menjelaskan cara-cara pelaksanaan sesuatu kontrak serta prinsip kekecewaan kontrak [C3,
P3, A3]
3. Mengaplikasi remedi-remedi yang boleh digunapakai untuk penyelesaian kemungkiran sesuatu
kontrak [C3, P3, A3]
Rujukan
1. Visu Sinnadurai ( 2011), Law of Contract , 4th edition, Kuala Lumpur: Lexis-Nexis Butterworths
2. Syed Ahmad Alsagoff ( 2010) , Principles of the Law of Contact in Malaysia, 3rd Edition , Kuala
Lumpur: Lexis-Nexis
3. Cheong, May Fong, (2010) Contract Law in Malaysia, Sweet & Maxwell Asia
4. G.H. Treitel( 1999), Law of Contract, 10th edition, London; Sweet and Maxwell,
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL2
IIM3009 UNDANG-UNDANG TANAH I
Bahagian pertama undang-undang tanah ini akan membincangkan pengenalan undang-undang tanah
di Malaysia serta pengkajian prinsip-prinsip asas undang-undang tanah. Perbincangan akan berkisar
tentang konsep tanah dan ciri penting sistem Torrens yang terpakai di Malaysia. Selain itu, perbincangan
juga akan berkisar tentang pemilikan dan hak-hak pemilikan tanah, kuasa-kuasa pihak berkuasa negeri
berhubung pelupusan tanah serta kategori pelupusan. Lain-lain perbincangan akan tertumpu kepada
penggunaan tanah, pemilikan strata serta remedi-remedi yang digunapakai dalam undang-undang
tanah .Perbandingan dengan undang-undang Tanah Islam juga akan dibuat, dimana yang sesuai.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Mengenalpasti latarbelakang dan sejarah sistem Torrens yang terpakai dalam perkara berkaitan
tanah di Malaysia
2. Menilai takat kuasa yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai badan yang berautoriti
dalam perkara yang berkaitan dengan tanah
239