Page 303 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 303
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
IIX1001 BAHASA ARAB I
Kursus ini melatih pelajar membaca teks rujukan akademik berkaitan dengan kursus Teras
Akademi Pengajian Islam yang merangkumi Syariah dan Usuluddin terutamanya teks al
Quran dan al Sunnah mengikut kaedah nahu dan saraf yang betul. Pelajar juga dilatih
membincangkan kandungan teks yang dibaca dan isu berkaitan secara lisan dan penulisan.
Penekanan diberikan kepada analisis aspek nahu dan saraf serta balaghah dalam teks yang
diberi.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini,pelajar dapat:
1. Membaca teks rujukan akademik berkaitan pengajian Islam mengikut tatabahasa yang
betul [C4, P2, A3]
2. Membincangkan kandungan teks dan isu berkaitan secara lisan dan penulisan [C4, P2,
A3]
3. Menganalisis aspek tatabahasa dan balaghah dalam teks [C4, P2, A3]
Rujukan
1. al-Ghalayiniy, Mustafa. 1997. Jami` al-Durus al-`Arabiyyah. Beirut : al-Maktabah al-
`Asriyyah
2. Abbas Hassan, al-Nahw al-Wafi, Kaherah: Dar al-Ma'arif, 1966.
3. Maqbul, Sa`d Husayn. 1990. Qawa`id al-Lughah al-`Arabiyyah wa al-Tatbiq. Benghazi:
Dar al-Kutub al-Wataniyyah.
4. Ahmad al-Hamalawiy. 1953. Shadha al-'Arf Fi Fann al-Sarf. Beirut: al-Maktabah al-
Thaqafiyyah.
5. Ahmad al-Hashimiy. Jawahir al-Balaghah (t.t). Beirut: Dar hya' al-Turath al-Arabiy.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
IIX1002 BAHASA ARAB II
Kursus ini melatih pelajar membaca teks rujukan akademik berdasarkan tatabahasa yang
betul merangkumi pelbagai bidang pengajian Islam yang terdapat di Akademi Pengajian
Islam. Pelajar juga dilatih membincangkan kandungan teks yang dipelajari dan isu berkaitan
secara lisan dan penulisan. Penekanan diberikan kepada analisis aspek nahu dan saraf serta
balaghah dalam teks. Di samping itu, mereka juga dilatih menghurai istilah dan laras bahasa
bidang berkaitan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini,pelajar dapat:
1. Membaca teks rujukan akademik merangkumi pelbagai bidang pengkhususan dalam
pengajian Islam berdasarkan tatabahasa yang betul. [C4, P2, A3]
2. Membincangkan kandungan teks dan isu berkaitan secara lisan dan penulisan. [C4, P2,
A3]
3. Menganalisis aspek tatabahasa dan balaghah dalam teks. [C4, P2, A3]
4. Menghurai istilah dan laras bahasa bidang berkaitan. [C4, P2, A3]
Rujukan
1. al-Ghalayiniy, Mustafa. 1997. Jami` al-Durus al-`Arabiyyah. Beirut : al-Maktabah al-
`Asriyyah
2. Abbas Hassan, al-Nahw al-Wafi, Kaherah: Dar al-Ma'arif, 1966.
3. Maqbul, Sa`d Husayn. 1990. Qawa`id al-Lughah al-`Arabiyyah wa al-Tatbiq. Benghazi:
Dar al-Kutub al-Wataniyyah
4. Ahmad al-Hamalawiy. 1953. Shadha al-'Arf Fi Fann al-Sarf. Beirut: al-Maktabah al-
Thaqafiyyah.
5. Ahmad al-Hashimiy. Jawahir al-Balaghah (t.t). Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabiy.
303