Page 304 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 304
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
IIX1003 PENGANTAR PENGAJIAN SYARIAH
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang Syariah Islam secara
menyeluruh daripada pelbagai perspektif. Tajuk-tajuk penting yang disentuh ialah konsep asas,
sejarah perkembangan, sumber syariah Islam, mazhab fiqh, metodologi hukum, karya-karya
penting, pengenalan kepada usul al-fiqh, qawaid fiqh, maqasid al-syariah, ijtihad, taqlid dan
tajdid, institusi yang berkaitan serta Syariah Islam masa kini. Di akhir kursus pelajar boleh
menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam
pengajian ini di peringkat yang lebih tinggi.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep asas dan sumber rujukan syariah Islam [C4, A3]
2. Menghuraikan perkembangan syariah Islam [C4, A3]
3. Menunjukcara aplikasi kaedah-kaedah asas syariah [C4, A3]
4. Menganalisis isu semasa dalam kerangka syariah Islam [C4, A3]
Rujukan
1. Al-Qaradawi, Yusuf. 2011. Madkhal li Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah. Kaherah:
Maktabah Wahbah.
2. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid & Paizah Hj Ismail. 2004. Pengantar Pengajian Syariah.
Kuala Lumpur: al-Baian Corporation.
3. Zaydan, `Abd al-Karim. 2001. al-Madkhal li al-Dirasat al-Shari`ah al-Islamiyah, Bayrut:
Mu'assasat al-Risalah.
4. Al-Asyqar, 'Umar Sulayman. 1991. Khasa'is al-Syari'ah al-Islamiyyah. c. 3, Beirut: Dar al-
Nafa'is
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
3. 3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
304