Page 305 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 305
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
Kursus ini membincangkan mengenai pengantar bagi komponen utama pengajian program
atau fakulti Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Komponen tersebut
mencakupi pengantar ilmu akidah dan tasawwuf, `Ulum al-Qur'an dan aliran pentafsiran al-
Qur'an, `Ulum al-Hadith, dakwah Islam serta sejarah dan tamadun Islam. Kursus menjelaskan
konsep utama dalam pengajian Usuluddin termasuk konsep akidah sebagai teras pengajian
Usuluddin dan sejarah perkembangannya serta kedudukan akal dan hubungannya dengan
wahyu yang membentuk kesepaduan dan keilmiahan ilmu Islam. Kursus juga membincangkan
sumber asas Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith melalui topik pengantar `Ulum al-Qur'an dan
tafsir al-Qur'an serta pengantar `Ulum al-Hadith dan kaedah berinteraksi dengan al-Sunnah.
Kursus turut menghuraikan mengenai konsep pembangunan insan menurut dakwah Islam serta
konsep tamadun Islam dalam konteks ilmu sejarah Islam. Kursus turut menyentuh mengenai
ilmu tasawwuf dan sejarah perkembangannya sebagai komponen asas pengajian Usuluddin.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenal pasti sumber dan metodologi ilmu Islam menurut perspektif Usuluddin. [C3]
2. Menjelaskan asas pengajian akidah dan tasawwuf menurut perspektif Usuluddin. [C3]
3. Menafsirkan konsep pembangunan insan menurut dakwah Islam dan konsep tamadun
menurut sejarah Islam. [C3]
Rujukan
1. Al-Shawi, Muhammad Samir (2009), `Aqidah al-Islam fi daw' al-Kitab wa al-Sunnah.
Dimashq: Dar al-`Asma'.
2. Al-Tusi, Abu Nasr (2001), al-Luma` fi Tarikh al-Tasawwuf al-Islami, Beirut: Dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah.
3. `Abbas, Fadl Hassan (2007), Muhadarat fi `Ulum al-Qur'an. `Amman: Dar al-Nafa'is.
4. Al-Qaradawi, Yusuf (2008), Kayf Nata`amal ma`a al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kaherah: Dar
al-Shuruq.
5. Muhammad Kurd `Ali (2008), al-Islam wa al-Hadarah al-`Arabiyyah. Dimashq: Dar al-Fikr.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
IIX1005 TILAWAH DAN HAFAZAN
Kursus ini bertujuan membimbing pelajar secara teori dan praktikal berkenaan hafazan dan
bacaan al-Quran. Para pelajar dikehendaki menghafal satu juzuk terpilih dalam al-Quran
dengan bimbingan pensyarah/tutor.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Membaca al-Quran dengan cara yang betul mengikut kaedah tajwid [C1, P1, A1]
2. Menghafal satu juzuk al-Quran yang terpilih [C2, P2, A2]
3. Mengunakan kaedah hafazan al-Quran dengan betul [C3, P3, A2]
Rujukan
1. Mushaf al-Madinah al-Munawwarah. Madinah: King Fahd Complex for the Printing of Holy
Quran.
2. Sedek Ariffin, Siti Sarah Wahidah Wahid. 2014. Kajian Metodologi Hafazan Al-Quran.
Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, APIUM: Universiti Malaya Kuala Lumpur
3. Shaykh Rizwan Arastu. 2012.Tajwid: A Guide to Qur'anic Recitation. United State: Imam
Mahdi: Association of Marjaeya.
4. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz. 2011, Kaedah Jibril, Teknik Mudah Dan Praktikal
Menghafaz Al-Quran. Pts Darul Furqan Sdn Bhd: Selangor Darul Ehsan.
5. Ahmad Khalid Shukr et al. 2010. Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Jordan: al- Matabi` al-
Markaziyyah.
305