Page 308 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 308
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
IIP1001 NAZARIYYAH AL-HUKM (BA)
Kursus ini mengandungi huraian tentang konsep hukum Islam dan bahagiannya, kuasa
perundangan, manusia sebagai subjek hukum, tindak tanduk manusia sebagai objek
hukum dan sumber-sumber hukum Islam.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep dan pembahagian hukum Islam serta sumber-sumbernya.
2. Menghurai ciri-ciri setiap bahagian hukum taklifi dan wadh'i, hukum-hukum
bersabit hak Allah dan hak manusia serta prinsip al-ahliyyah.
3. Mengenal pasti sumber-sumber yang disepakati dan yang tidak disepakati.
Rujukan
1. Al-Zuhayli, Wahbah (2012), Usul al-Fiqh al-Islami, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir.
2. Khallaf, `Abd al-Wahhab (1981), `Ilm Usul al-Fiqh. Kuwait: Dar al-Qalam.
3. Abu Zahrah, Muhammad (1955), Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fiqh al-`Arabi.
Kemahiran Insaniah
1. KemahiranBerkomunikasi
2. Etika danMoral
3. Kemahiran kepimpinan
IIP1002 FIQH AL-IBADAT(BA)
Kursus ini menjelaskan konsep ibadat dan ruang lingkupnya, perkara berkaitan dengan
hukum-hakam ibadat seperti taharah, salat, puasa dan haji.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep ibadah dalam Islam
2. Menjelaskan hukum-hukum berkaitan ibadat-ibadat fardu
3. Mengaplikasi pengetahuan ibadah dalam kehidupan seharian
4. Menyelesaikan isu-isu berkaitan hukum ibadah
Rujukan
1. Al-Qaradawi, Yusuf (1997), al-Ibadah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.
2. Sabiq, Al-Sayyid (1997), Fiqh al-Sunnah. Beirut: Mua'ssasah
3. Al-Jaziri, Abu Bakar (1998), al-Fiqh `ala al-Madhahib al-Arba`ah. Kaherah.
4. Al- Khin, Mustafa et. al. (2006), al-Fiqh al-Manhaji. Beirut: Muassasah al-Risalah.
5. Salqini, Ibrahim Muhammad (2011), al-Fiqh al-Islami: Ahkam al-'Ibadat. Kaherah:
Dar al-Safwah.
6. Mansur, 'Ali 'Abd al-Latif (2012), al-'Ibadat fi al-Islam wa Atharuha fi al-Fard wa al-
Jama'ah. Beirut: Maktabah Wahbah
7. al-Jundi, Khalid (2013), Ahkam al-'Ibadat. Kaherah: Maktabah Wahbah
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Kerja Berpasukan
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
IIP1003 DIRASAH AL-QURAN WA AL-SUNNAH(BA)
Kursus ini mengandungi kepentingan Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith dalam
Pengajian Syariah. Ia juga menyentuh mengenai jenis-jenis tafsir al-Quran yang pelbagai.
Begitu juga huraian tentang istilah-istilah hadith mengikut kategori masing-masing.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
308