Page 312 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 312
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
IIP2001 FIQH AL-USRAH(BA)
Kursus ini merangkumi tiga aspek utama iaitu perkahwinan dan perceraian serta implikasi
kepada perkahwinan dan perceraian. Perbincangan mengenai perkahwinan meliputi
definisi, matlamat perkahwinan, keperluan-keperluan dalam pembentukan keluarga
seperti pertunangan, rukun dan syarat-syarat perkahwinan serta hak-hak dan kewajipan
suami isteri. Aspek kedua akan menyentuh hal-hal berkaitan pembubaran perkahwinan
yang merangkumi talak dan fasakh dan implikasi kepada pembubaran perkahwinan
seperti iddah, rujuk dan penjagaan anak.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep kekeluargaan Islam yang merangkumi hal-hal perkahwinan dan
perceraian.
2. Mengenal pasti tatacara perkahwinan dan pembubaran perkahwinan dalam Islam.
3. Menyelesaikan isu-isu kekeluargaan Islam.
Rujukan
1. Ibrahim Fawzi (1983), Ahkam al-Usrah fi al-Jahiliyah wa-al-Islam : Dirasat
Muqaranah bayna Ahkam al-Usrah fi al-Jahiliyah wa-fi al-Shari`at al-Islamiyah wa-fi
al-fiqh al-Islami wa-fi Qawanin al-Ahwal al-Shakhsiyah fi al-Bilad al-`Arabiyah, Beirut:
Dar al-Kalimah
2. Zarzur, Adnan et al. (1986), Nizam al-Usrah fi al-Islam, al-Kuwayt: Maktabah al-
Falah
3. Uqlah, Muhammad (1990), Nizam al-Usrah fi al-Islam, Amman al-Urdun
4. Zaydan, 'Abd al-Karim (1993), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah, Beirut: Muassasah al-
Risalah.
5. Ibyani, Muhammad Zayd (2006), Syarh al-Ahkam al-Syar'iyah fi al-Ahwal al-
Syaksiyyah: Mu'azziz bi Ijtihadat al-Mahakim al-Sar'iyyah, Beirut: Manshurat al-
Halabi al-Huquqiyah,
6. al-`Aynayn, `Abd al-Fattah Muhammad Abu al-`Aynayn (t.t), Al -Islam Wa-Al-Usrah:
Dirasat Muqaranat Fi Daw' Al-Madhahib Al-Fiqhiyah Wa-Qawanin Al-Ahwal Al-
Shakhsiyyah, al-Mansurah: al-Maktabat al-`Alamiyah.
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Kemahiran Kepimpinan
IIP2002 FIQH AL-MU’AMALAT(BA)
Kursus ini memberi pengenalan kepada sistem muamalat Islam yang
membincangkan tentang teori harta, pemilikan dan juga akad menurut Islam.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini para pelajar dapat:
1. Menjelaskan teori harta, hak milik dan akad menurut perspektif Islam.
2. Menghuraikan secara terperinci jenis-jenis harta dan hak milik dalam Islam.
3. Mengenal pasti unsur-unsur asasi dalam sesuatu akad.
4. Menyelesaikan masalah muamalat berasaskan teori harta, hak milik dan akad.
Rujukan
1. Zaydan, ‘Abd al-Karim (1969), al-Madkhal Li Dirasat al-Syariah al-Islamiyyah.
Baghdad: Matba`ah al-`Ayni.
2. Al-Khafif, `Ali (t.t), Ahkam al-Mu’amalat al-Syar’iyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi,
3. Badran, Abu al-`Aynayn (t.t.), al-Syari’ah al-Islamiyyah. Kaherah: Mu’assasah Syabab
al-Jami`ah.
312