Page 313 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 313
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
4. Syubayr, Muhammad ‘Uthman (2004), al-Madkhal ila Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyyah.
‘Amman: Dar al-Nafa’is.
5. Al-Khathlani, Sa’id Turki (2012), Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyyah al-Mu’asarah. Al-
Riyad: Dar al-Sami’i
6. al-Uthmani, Muhammad Taqi (2013). Buhuth fi Qadaya Fiqhiyyah al-Mu’asarah.
Damsyiq: Dar al-Qalam.
7. Al-Mashiqah, Khalid b. ‘Ali b. Muhammad (2014) al-Mukhtasar fi al-Mu’amalat. al-
Sa’udiyyah: Maktabah al-Rushd
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Kerja Berpasukan
3. Kemahiran Kepimpinan
IIP2003 FIQH AL-JINAYAT (BA)
Kursus ini mengandungi konsep jenayah sebagai perbuatan jahat.Pembahagiannya dari
berbagai-bagai dimensi, teori perbuatan jahat, niat jahat, kaedah penentuan hukuman ke
atas penjenayah dan pengecualian-pengecualian yang boleh diberikan kepada mereka.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan secara detail konsep dan prinsip-pinsip asas jenayah dalam Islam.
2. Menjelaskan kaedah yang digunapakai dalam penentuan hukuman ke atas
penjenayah dan pengecualian yang boleh diberikan kepada penjenayah.
3. Menyelesaikan persoalan berkaitan jenayah semasa berasaskan pendekatan hukum
jenayah Islam.
Rujukan
1. `Amir, 'Abd. al-'Aziz(1969), al-Ta`zir Fi al-Syariah al-Islamiyyah, Beyrut : Dar al-Fikr
al-Islami.
2. al-`Ewa, Muhammad Salim (1978), Fi Usul al-Nidzam al-Jina'i al-Islami, Kaherah :
Dar al-Ma`arif.
3. `Awdah, 'Abd. al-Qadir (1968), al-Tasyri`al-Jina'i al-Islami Muqaranan bi al-Qanun
al-Wad`i.
4. Abu Zahrah, Muhammad (1990), al-Jarimah wa al-`Uqubah fi al-Fiqh al-Islami,
Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi.
Kemahiran Insaniah
1. KemahiranBerkomunikasi
2. Kemahiran KerjaBerpasukan
3. Etika danMoral
IIP2004 QAWA’ID AL-TAFSIR (BA)
Kursus ini mengandungi teori dan pendekatan para fuqaha dalam mentafsirkan nas-
nas syara' baik yang berupa ayat al-Quran atau hadith Rasulullah s.a.w. Penumpuan
akan diberikan kepada perkaedahan bahasa dalam melakukan penafsiran pelbagai
bentuk pengucapan sepertimana yang diterima umum dalam struktur bahasa Arab.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan kaedah menganalisa teks perundangan hukum Islam.
2. Mengenalpasti jenis-jenis petunjuk dalil (al-dalalat).
3. Mengaplikasi kaedah-kaedah tafsiran teks yang dipelajari dalam memahami teks
perundangan Islam.
313