Page 355 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 355
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
IIX3005 EPISTEMOLOGI DALAM AKIDAH
Kursus ini memperkenalkan konsep, falsafah, prinsip, kepentingan dan objektif epistemologi
Islam. Ia seterusnya membincangkan takrif, sumber, pengelasan, hierarki, sifat, nilai dan
kedudukan ilmu dalam Islam. Kursus ini turut mengaplikasikan konsep epistemologi Islam
secara mahir dan praktikal dalam konteks kehidupan realiti dan keadaan semasa. Selain itu, ia
juga menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual yang mempunyai impak terhadap
kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan kemahiran kritis, analitis
dan saintifik bertunjangkan konsep epistemologi Islam untuk menyelesaikan masalah dan isu
dalam masyarakat.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan falsafah, prinsip, kepentingan dan objektif epistemologi Islam. [C3, P2, A2]
2. Mengaplikasikan konsep epistemologi Islam secara mahir dan praktikal dalam konteks
kehidupan realiti dan keadaan semasa. [C3, P2, A2]
3. Menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual yang mempunyai impak terhadap
kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan kemahiran kritis,
analitis dan saintifik bertunjangkan konsep epistemologi Islam untuk menyelesaikan
masalah dan isu dalam masyarakat. [C3, P2, A2]
Rujukan
1. Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah Al-Fatani, Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah
Orang Yang Beriman, Ed. Abdul Wahab Bin Mohd Saleh (Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
2. Adian Husaini Et Al., Filsafat Ilmu: Perspektif Barat dan Islam (Jakarta: Gema Insani, 2013).
3. Osman Bakar, "Beberapa Aspek Falsafah Ilmu: Konsep, Definisi, Pengelasan dan
Penggunaan," Kesturi: Jurnal Akademi Sains Islam Malaysia 5, no. 2 (Disember 1995), 7-
25.
4. Franz Rosenthal, Knowledge Triumphant: the Concept of Knowledge in Medievel Islam
(Leiden: Brill, 2006).
5. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (Bayrut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, 2013).
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
IIX3006 DAKWAH DI MALAYSIA
Tajuk-tajuk penting kursus ini merangkumi latar belakang dakwah di Malaysia, tokoh-tokoh
dakwah di Malaysia, institusi dakwah di Malaysia, sasaran dakwah di Malaysia, pendekatan
dakwah kepada orang bukan Islam dan orang Islam, termasuk saudara baru dan masalah yang
dihadapinya, strategi dan perancangan masa depan dakwah di Malaysia serta masalah-
masalah dakwah di Malaysia.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menganalisis latar belakang dan situasi perkembangan dakwah di Malaysia. [C3, P2, A3]
2. Mengenalpasti institusi-institusi dakwah yang memberi sumbangan besar dalam dakwah
di Malaysia. [C3, P2, A3]
3. Mengenalpasti sasaran dakwah dan tokoh-tokoh dakwah di Malaysia dalam abad
ke 20. [C3, P2, A3]
Rujukan
1. Ab. Aziz Mohd. Zin (1999) Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya
2. Wan Hussein Azmi, Harun Din (Dr) al-Da'wah al-Islamiyah fi Malizia : Zuhuruha wa
Intisharuha, Kuala Lumpur : Pustaka Watan.
355