Page 353 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 353
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
4. Menyelesaikan isu-isu berkaitan pembangunan harta wakaf [C4, P3, A3]
Rujukan
1. Al Kubaysi, Ubayd (1980), al Waqf Fi al Syariah al Islamiyyah, Baghdad: Dar al Risalah.
2. Abu Zahrah (t.t), Muhadharat Fi al Waqf, Kaherah: Dar al Fiar al Arabi.
3. Al Zuhaili, Wahbah (1997), al Fiqh al Islami Wa Adillatuh, Dimasyq: Dar al Fikr.
4. Qahf, Munzer (2000), al Waqf al Islami, Beirut; Dar al Fikr.
5. Abdul Ghafar Ismail (2010), Proceeding of Seventh International Conference on the
Tawhihi Epistimology: Zakat and Waqf Economy, Bangi: Institut Islam Hadhari.
6. Monzer Kahf dan Siti Mashitah Mahamood (eds.) (2011), Essential Readings in
Contemporary Waqf Issues, Kuala Lumpur: CERT Publications.
7. Wan Kamal Mujani (2014), Pelestarian Institusi Wakaf. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT4
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS3
IIX3002 PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN MUAMALAT ISLAM
Kursus ini menerangkan tentang asas muamalat dan pengurusan Islam. Aspek-aspek dalam
muamalat adalah seperti jual beli, pembiayaan dan pelaburan dan lain-lain. Pengurusan Islam
pula menyentuh berkenaan pelbagai aspek seperti pengurusan organisasi, sumber manusia,
kualiti, etika dan sebagainya. Isu-isu berkaitan dikupas dan dibincangkan dalam bentuk teori
dan praktikal.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
Menghuraikan konsep dan teori-teori umum dalam muamalat dan pengurusan Islam. [C2, P1,
A1]
Menentukan bidang-bidang dalam disiplin muamalat dan pengurusan Islam. [C3, P2, A2]
Menerangkan pelaksanaan prinsip-prinsip muamalat dan pengurusan Islam. [C4, P3, A3]
Rujukan
1. ISRA (2012), Islamic Financial System, Principles and Operations, Kuala Lumpur: ISRA.
2. Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam & Pelaksanaannya di Malaysia,
Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3. Wan Liz Ozman Wan Omar (1996), Pengurusan Islam Abad ke-21, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
4. Mustafa Haji Daud (1994), Pengurusan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
5. Nor Azzah Kamri et al. (2013). Islamic Perspective on Management: Contemporary Issues.
Kuala Lumpur: YaPEIM Management Academy & APIUM.
6. Mujaini Tarimin (2012), Zakat al-Mal al-Mustafad: Amalan dan Pengalaman di Malaysia,
Kuala Lumpur: PPZ.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
IIX3003 POLITIK MUSLIM DI ALAM MELAYU
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang politik Muslim di Alam
Melayu yang merangkumi sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu, Ulama Muslim yang
menghasilkan karya yang berunsurkan politik, corak penulisan karya-karya tersebut dan ciri-ciri
yang wujud di dalam pemikiran politik mereka. Selain dari mendedahkan fakta sejarah kepada
para pelajar, kursus ini akan dijalankan dalam bentuk analisis dan perbincangan secara kritis
terhadap fakta-fakta sejarah yang ada. Ini termasuklah menilai sumber-sumber sejarah dan apa
yang boleh dipelajari daripadanya.
353