Page 348 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 348

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


                                Rujukan
                                1.  Mohd Azhar  Ab. Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai: Penerbit
                                   UTM.
                                2.  Copi, Irving M. & Cohen, Carl (1998), Introduction to Logic, tenth edition. New Jersey:
                                   Prentice Hall.
                                3.  Fisher, Alec (2002), Critical Thinking:  an  Introduction. United Kingdom: Cambridge
                                   University Press.
                                4.  Abul Wafa Taftazani (1996), Mengapa al-Qur'an tidak Bertentangan dengan Akal ?. Drs.
                                   Zulkifilee (terj.), Selangor: Thinkers Library

                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                                2.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
                                3.  Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2

                       IIX2008   FATWA AKIDAH DI MALAYSIA
                                Kursus ini membincangkan fatwa fatwa berkaitan akidah dengan tumpuan khusus diberikan
                                kepada fatwa-fatwa akidah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia, termasuk
                                Majlis Fatwa Kebangsaan. Fatwa-fatwa yang akan  diteliti ialah yang menyangkut  isu-isu
                                menyentuh akidah seperti ajaran sesat, perbomohan, tarekat tasawuf, isu kalimah Allah dan
                                beberapa isu sosiobudaya yang ada kaitan dengan akidah. Sebelum dijelaskan tentang fatwa
                                akidah, pelajar juga didedahkan topik-topik pengenalan tentang fatwa seperti definisi fatwa,
                                kepentingan dan syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh seorang mufti yang juga merupakan
                                seorang mujtahid. Selain itu, turut disentuh perbincangan ringkas tentang fatwa fatwa akidah di
                                Indonesia dan Brunei Darussalam sebagai perbandingan.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.  Menghurai definisi fatwa dan kepentingannya bagi umat Islam dan pengurusan institusi
                                   fatwa secara ringkas di Malaysia [C3, P2, A2]
                                2.  Mengaplikasikan fatwa-fatwa yang dipelajari bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
                                   timbul dalam kehidupan seharian. [C3, P2, A2]
                                3.  Menganalisis fatwa-fatwa berkaitan akidah melibatkan isu ajaran sesat, perbomohan,
                                   tarekat tasawuf, isu kalimah Allah dan beberapa isu sosiobudaya. [C3, P2, A2].

                                Rujukan
                                1.  Al-Majma` al-Fiqhi al-Islami, Majallah al-Majma` al-Fiqhi al-Islami, vol  26, (Mekah: Al-
                                   Majma` al-Fiqhi al-Islami).
                                2.  Ahmad Hidayat Buang (ed),  Fatwa di  Malaysia (Kuala  Lumpur: Jabatan Syariah dan
                                   Undang Undang, Akademi Pengajian Islam).
                                3.  Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia, Keputusan  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
                                   Kebangsaan (Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, t.t.).
                                4.  Sekretariat  Majelis Ulama Indonesia, Himpunan Fatwa Majelis Ulama Indonesia Sejak
                                   1975 (Jakarta: Penerbit Erlangga, 2011)
                                5.  State Mufti's Office Brunei Darussalam, Fatwa of The State Mufti 1996 (Brunei
                                   Darussalam: State Mufti's Office Brunei Darussalam, 2003)

                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                                2.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
                                3.  Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2


                       IIX2009   BIMBINGAN DAN RUNDINGCARA DAKWAH
                                Kursus ini membincangkan tentang perkara asas bimbingan dan rundingcara dalam dakwah,
                                aspek  pendekatan dan kemahiran  yang diperlukan apabila menjalankan proses bimbingan
                                serta isu-isu penting yang mempunyai hubungan dengan bimbingan dan rundingcara.
                                Hasil Pembelajaran

                                                   348
   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352   353