Page 345 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 345
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
IIX2002 PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN
Kursus ini membincangkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak serta hak-hak mereka
yang wajib ditunaikan, di samping ia turut menganalisis kepentingan perkahwinan untuk
melahirkan anak-anak yang tidak bermasalah. Selain itu, kursus ini turut membincangkan soal-
soal pendidikan yang mesti dilaksanakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak seperti pendidikan
keimanan, moral, jasmani, mental, rohani dan sosial di samping menganalisis faktor-faktor yang
menyebabkan keruntuhan sesebuah rumah tangga.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan amalan-amalan yang perlu dilakukan bagi menyambut kelahiran bayi dari
seawal usia hingga meningkat remaja. [C3, P2, A2]
2. Menerangkan aspek pendidikan iman, akhlak, emosi, sosial, intelek anak-anak menurut
perspektif Islam dan membandingkannya dengan kaedah barat. [C3, P2, A2]
3. Menghafal satu juzuk al-Quran yang terpilih [C2, P2, A2]
4. Mengaplikasikan prinsip-prinsip keibubapaan yang dipelajari dalam kehidupan harian.
[C3, P2, A2]Mengunakan kaedah hafazan al-Quran dengan betul [C3, P3, A2]
Rujukan
1. Rosnaaini Hamid & Suhanim Abdullah (2012), Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan
Surah Luqman, Sintok: UUM Press
2. Azrina Sobian (ed.), (2007) Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan Dan Cabaran
Semasa, Petaling Jaya: MPH Group Pub. & IKIM.
3. Ulwan, Abdullah Nasih (2012), Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Jil. 1 (terj.) Syeh
Ahmad Semait, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
4. Muhamad Jantan (1993), Membina Ibu Bapa Profesional. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
5. Al-Ghazali (2012), Al-Ghazali Letter to a Disciple Ayyuha'l-Walad, (trans) Tobias Mayer,
Cambridge: Islamic texts Society .
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
IIX2003 TOKOH EKONOMI ISLAM
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perkembangan pemikiran ekonomi Islam
sejak zaman awal Islam hingga sekarang serta peranan dan sumbangan tokoh-tokoh pemikir
ekonomi Islam dalam memajukan disiplin pengajian ekonomi Islam.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti tokoh ekonomi Islam. [C1, P1, A1]
2. Menjelaskan peranan tokoh ekonomi Islam. [C2, P1, A2]
3. Menghuraikan sumbangan tokoh ekonomi Islam. [C2, P1, A2]
Rujukan
1. AbulHasan M. Sadeq, et al (eds.) (1992), Readings in Islamic Economic Thought, PJ:
Longman Malaysia.
2. Ahmad, Khurshid (ed.) (1981), Studies in Islamic Economics, UK: The Islamic Foundation.
3. Khairul Azhar Idris (ed.), (2014), Karya Agung Tamadun Islam dan Peradaban Melayu, KL:
IKIM.
4. Mawardi al, Abu Hasan bin `Ali (2006), al-Ahkam al-Sultaniyyah, Lebanon; dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah.
5. Muhammad Aslam Haneef (1995), Contemporary Islamic Economic Thought, KL: Ikraq.
6. Ugi Suharto (2005), Kitab al-Amwal: Abu `Ubayd's Concept of Public Finance, KL: IIUM.
7. Wan Norhaniza Wan Hasan (ed.) (2013), Ukuran Pembangunan: Pendekatan Kapitalis dan
Islami, KL: DBP.
8. Surtahman Kastin Hasan, Sanep Ahmad (2010), Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan, KL:
DBP.
345