Page 341 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 341

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


                            maksud daripada lafaz-lafaz al-jarh wa al-ta'dil, karya-karya berkaitan perawi dan kaedah kajian sanad
                            dan matan.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.  Mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam mentakhrij hadith.     [C2,
                               P1, A2]
                            2.  Mengenalpasti kaedah dan cara yang tepat dalam menggunakan kitab-kitab takhrij    [C2, P1, A2]
                            3.  Menganalisis sanad hadith seterusnya menilai hukum yang diletakkan oleh para ulama. [C3, A3]

                            Rujukan
                            4.  Faisal Ahmad Shah (2012).  Takhrij Hadith: Teknik Pencarian Hadith Yang Tepat dan
                               Berkesan.Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran & al-Hadith
                            5.  Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi (2011), Takhrij al-Hadith Nasyatuhu, Manhajiyatuhu
                               (Cetakan 4), Bangi: Dar al-Syakir
                            6.  Abu Ihsan al-Atsari (2010). Fathul  Bari Syarah Sahih al-Bukhari (Terjemahan) (Cetakan 2),
                               Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi'i
                            7.  Sultan Sanad al-'Ukayilah (1999), al-Wadih fi Fann al-Takhrij wa Dirasat al-Asanid, al-Dar al-
                               'Alamiyyah: Jordan
                            8.  Amru 'Abd al-Mun'im Salim (2000), Taysir Dirasah al-Asanid li al-Mubtadi'in,  Tanta : Dar al-Diya`
                            9.  Ali Nayf Baqa'i (2001), Dirasah Asanid al-Hadith al-Syarif, Beirut : Dar al-Basya`ir al-Islamiyah.

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
                            3.  Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2

                IIQ3004     AL-MANTIQ
                            Kursus ini membincangkan mengenai ilmu  mantik  sebagai kaedah  berfikir yang penting. Ini
                            termasuklah  aspek definisi, topik, skop,  sumber  dan metode ilmu mantik. Kursus ini turut
                            membahaskan mengenai sejarah perkembangan ilmu mantik klasik dan moden sejak zaman Yunani,
                            Islam dan Barat moden. Kursus ini turut membincangkan kaedah berfikir yang ilmiah, sahih dan
                            tersusun atur menurut neraca ilmu mantik. Ia merangkumi perbahasan mengenai asas al-tasawwur
                            iaitu kulliyyat al-khams dan aplikasinya dalam membina takrif atau  definisi. Ia turut  mencakupi
                            perbahasan mengenai asas al-tasdiq iaitu al-qadiyyah dan aplikasinya dalam perbahasan al-qiyas
                            serta konsep al-tanaqud dan al-`aks. Kursus ini turut meninjau perbahasan ilmu mantik moden dan
                            kritikannya terhadap ilmu mantik klasik serta membahaskan aspek kesepaduan ilmu mantik Islam

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

                            1.  Mengenal  pasti  definisi, topik, skop, dan sumber  ilmu  mantik sebagai kaedah berfikir yang
                               penting.  [C3, P2, A1]
                            2.  Menghuraikan faedah dan kepentingan ilmu mantik dalam sejarah perkembangan ilmu mantik
                               klasik dan moden. [C3, P2, A1]
                            3.  Menentukan kaedah berfikir yang ilmiah, sahih dan tersusun atur menurut tradisi mantik. [C3, P2,
                               A1]

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2

                            Rujukan
                            1.   Muhammad Amin Mansur (2013), `Ilm al-Mantiq fi Sharh Dawabit al-Ma`rifah. Dimashq: Dar
                               `Asma'.
                            2.   `Abd al-Karim bin Murad al-Athari (2008) Tashil al-Mantiq. Kaherah: al-Maktabah al-Islamiyyah.
                            3.   `Umar `Abd Allah Kamil (2004), Mudhakkirah fi Taysir al-Mantiq. Beirut: Bisan li al-Nashr wa al-
                               Tawzi`.

                                                   341
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346