Page 337 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 337
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
Rujukan
4. Thabet Ahmad Abu-AlHaj (2014). Mujam Mustalahat Ulum AlQuran Alkarim Wa Altaffsir.
Kuala Lumpur: CQR
5. Thabet Ahmad Abu-AlHaj (2012). Al-Madkhal li Dirasah al-Tafsir wa Ulum al-Quran.
Amman: Dar al-Masirah
6. Ibrahim Muhammad al-Harbi (2011). Mu'jam Ulum al-Quran. Damsyik: Dar al-Qalam
7. Al-Qattan (2000), Mabahith fi Ulum al-Qur'an, Kaherah: Maktabah al-Wahbah.
8. Al-Suyutu (tt), al-Itqan fi Ulum al-Qur'an, Beirut: Dar al-fikr
9. Fahd Ibn 'Abd al-Rahman al-Rumi (1992), Usul al-Tafsir wa manahijuh, al-Riyad: Maktabah
al-Tawbah
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
IIQ2005 ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH
Kursus ini membincangkan mengenai akidah Islam sebagai satu disiplin ilmu yang menjadi teras
agama atau Usuluddin. Ia turut membincangkan mengenai skop, kepentingan, sumber dan metode
mempelajari ilmu akidah. Kursus ini membahaskan mengenai sejarah perkembangan ilmu akidah
sejak zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat dan kemunculan bidaah iktikad pada akhir zaman
sahabat. Kursus ini turut membincangkan faktor dalaman dan luaran yang melatari kelahiran mazhab
Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan firaq Islam lainnya iaitu Syiah, Khawarij, Murji’ah, Jabariyyah,
Qadariyyah, Mushabbihah, Mu`attilah, Jahmiyyah dan Muktazilah serta tokoh dan prinsip
pegangannya. Kursus ini turut meninjau beberapa perbahasan utama ilmu akidah iaitu asas
keilmiahan akidah, asas ketuhanan, asas kerasulan serta asas sam`iyyat yang diperselisihkan di
kalangan mazhab dan firaq Islam secara analisis perbandingan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenal pasti identiti, prinsip, tokoh dan latar belakang kemunculan mazhab dan firaq akidah
umat Islam. [C3]
2. Menjelaskan asas keilmiahan akidah Islam menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan
kesinambungannya dengan akidah sahih yang diwarisi daripada generasi salaf. [C3]
3. Menentukan iktikad kefahaman yang sahih menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah berbanding
iktikad kefahaman firaq Islam yang lain berhubung persoalan akidah. [C3]
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
Rujukan
1. Al-Ash`ari, Abu al-Hasan (2014), al-Ibanah `an Usul al-Diyanah. Damsyik: Dar al-Bayan.
2. Al-Shahrastani, Abu al-Fath (2014), al-Milal wa al-Nihal. Beirut: Dar al-Ma`rifah.
3. Al-Buti, Muhammad Sa`id Ramadan (2008), al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafat al-
Mu`asirah. Dimashq: Dar al-Fikr.
4. Iman al-Kurdi (2011), Tarikh al-`Aqidah al-Islamiyyah. Dimashq: Dar al-Asma`.
5. al-Duri, Qahtan `Abd al-Rahman, (2012), Al-`Aqidah al-Islamiyyah wa Madhahibuha. Beirut:
Kitab Nashirun.
6. Kamal al-Din Nur al-Din Marjuni, (2011) Al-Madhahib al-`Aqa`idiyyah al-Islamiyyah. Malaysia:
Jami`ah al-`Ulum al-Islamiyyah al-Maliziyyah.
IQ2006 TASAWUF
Kursus ini memperkenalkan disiplin ilmu tasawuf dengan memfokuskan kepada perbincangan;
antaranya konsep asas, sumber, perkembangan, epistemologi dan terma utama serta tarekat. Ia turut
membincangkan beberapa isu tasawuf dan tarekat yang menjadi perdebatan seperti ru`yah al-salihah,
yaqazah, rabitah, suhbah, Nur Muhammad dan sebagainya di samping menghuraikan biografi
beberapa tokoh sufi terpilih, karya serta sumbangan mereka.
337