Page 340 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 340

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018



                            Rujukan
                            1.  Michael E. Marmura,  Probing in Islamic Philosophy: Studies in the Philosophies of Ibn Sina, al-
                               Ghazali and Other Major Muslim Thinkers, (Binghamton: Global Academic Publication, 2014).
                            2.  Majid Fakhry, Islamic Philosophy, Theology and Mysticism, (Oxford: One World, 2012).
                            3.  Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Johor Bahru: UTM,
                               2013).
                            4.  Al-Imam `Abd al-Fattah Imam (t.t.), Madkhal ila al-Falsafah, Kaherah: Dar al-Thaqafah.
                            5.  Ahmad Sunawari  Long, Sejarah Falsafah, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
                               2008).
                            6.  H. A. Kudori Soleh, Filsafat Islam dari Klasik hingga Kontemporer, (Jogjakarta: Ar-Ruzz Media,
                               2013).

                IIQ3002     SIRAH AL-RASUL WA AL-KHULAFA’ AL-RASHIDIN
                            Sepanjang kursus ini, para pelajar dapat mengetahui biografi kehidupan Baginda s.a.w. dan empat
                            orang Khalifah Rasyidin  bermula  dari Abu Bakar  hinggalah  Imam  Ali. Perbincangan ini akan
                            menyentuh biografi, cabaran hidup dan liku perjuangan Islam khususnya Baginda s.a.w sejak dari
                            zaman sebelum Islam hingga penghujung tahun 41 Hijrah. Beberapa peristiwa besar dalam Islam
                            akan turut dibincangkan dalam kursus ini seperti Peristiwa Hijrah, sekatan ekonomi, Isra dan Mikraj,
                            Peperangan Badar, Uhud dan pembukaan Kota Mekah . Selain dari perbincangan sejarah, kursus ini
                            juga akan membincangkan  model kehidupan saharian Baginda s.a.w dengan para sahabat dan kaum
                            muslimin serta non-muslim selama berada di Madinah.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.  Mengenalpasti fasa-fasa kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w dan  para khalifah yang  mulia
                               merangkumi biografi setiap mereka, sumbangan dan cabaran hidup. [C3, P2, A2]
                            2.  Mengemukakan aspek sejarah mengenai riwayat hidup Baginda  dan para khalifah empat
                               bermula dari zaman Jahiliyyah hingga ke penghujung pemerintahan Khalifah Ali.  [C3, P2, A2]
                            3.  Menganalisis peristiwa penting dalam kehidupan Baginda seperti peristiwa hijrah, penentangan
                               Quraish di Mekah, Isra dan Mikraj, peperangan semasa di Madinah, dan lain lagi. [C3, P2, A2]
                            4.  Menganalisis kehidupan seharian Baginda untuk membina model kehidupan muslim yang ideal.
                               [C3, P2, A2].

                            Rujukan
                            1.  Dr. Muhammad 'Ijaj al-Khatib.1971.  Lamahat fi al-Maktabah, al-Bahth  wa al-Masadir. Beirut:
                               Maktabah al-Jamiah.
                            2.  Dr. Mahmod Ahmad Hassan al-Maraie. 1991. Dirasat fi al-Maktabah al-'Arabiah wa Tadwin al-
                               Thurath. Beirut: Dar al-Ulum al-'Arabiah.
                            3.  Dr. Muhammad Husain al-Muhasanah. 2001. Adwa' 'ala Tarikh al-Ulum Inda al-Muslimin. UAE:
                               Dar al-Kutub al-Jamie.
                            4.  Abdul Razak Mahmud. 2009. Bunga Rampai Persuratan Melayu Wilayah Timur. Kota Bharu:
                               Pustaka Aman Press.
                            5.  Ibn Khaldun. 2011. Muqaddimah. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahira Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Kerja Berpasukan: TS1-TS2
                            3.  Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2

                IIQ3003     TAKHRIJ AL-HADITH WA DIRASAH AL-ASANID
                            Kursus ini membincangkan tentang kaedah-kaedah takhrij hadith yang digunakan oleh para ulama
                            dalam mengenalpasti kedudukan dan status sesebuah hadith. Ia membincangkan tentang definisi
                            ilmu takhrij, kepentingan dan sejarah perkembangannya, enam kaedah takhrij iaitu takhrij dengan
                            mengenalpasti kalimah gharib dan penting dalam hadith, takhrij dengan mengenalpasti awal matan
                            hadith, takhrij dengan mengenalpasti perawi tertinggi dalam hadith, takhrij dengan mengenalpasti isu
                            dan topik yang dibincangkan dalam hadith, takhrij dengan mengenalpasti sifat tertentu yang terdapat
                            dalam sanad dan matan hadith dan takhrij menggunakan kemudahan komputer seperti internet dan
                            cd-rom hadith. Kursus ini juga turut membincangkan kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam
                            menentukan  hukum hadith  antaranya kaedah yang terdapat  dalam ilm al-Jarh wa  al-Ta'dil serta
                                                   340
   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345