Page 336 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 336

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


                            mahir dan  praktikal dalam konteks kehidupan realiti dan keadaan semasa. Selain itu  ia turut
                            menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual dalam  hubungan antara  agama yang
                            mempunyai impak terhadap kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan
                            kemahiran kritis, analitis dan saintifik bertunjangkan ilmu perbandingan agama untuk menyelesaikan
                            masalah  dan isu semasa antara  agama, seperti konsep dialog  antara  agama dan  persoalan
                            pluralisme agama.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.  Menghurai falsafah, prinsip dan objektif ilmu perbandingan agama dalam tradisi pengajian Islam.
                               [C2]
                            2.  Mengaplikasikan  prinsip Islam dalam ilmu perbandingan agama secara mahir dan  praktikal
                               dalam konteks kehidupan realiti dan keadaan semasa.  [C3]
                            3.  Menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual dalam hubungan antara agama yang
                               mempunyai impak terhadap kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman
                               berdasarkan kemahiran kritis, analitis dan saintifik bertunjangkan ilmu perbandingan agama
                               untuk menyelesaikan masalah dan isu semasa antara agama.  [C4]

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2

                            Rujukan
                            1.  Abū al-Fatḥ Muḥammad bin ‘Abd al-Karīm al-Shahrastānī, al-Milal wa al-Niḥal (Beirut: Dār al-
                               Kutub al-‘Ilmiyyah, 2013).
                            2.  Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Mohamad Kamil Ab Majid, dan Syed Mohammad Hilmi
                               Syed Abdul Rahman, Isu dan Cabaran Hubungan antara Agama di Malaysia (Kuala Lumpur:
                               Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008).
                            3.  Wan Suhaimi Wan Abdullah dan Mohd Fauzi Hamat (ed.), Konsep Asas Islam dan Hubungan
                               Antara Agama (Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
                               Universiti Malaya, 2007).
                            4.  Kamar Oniah Kamaruzaman, Religion and Pluralistic Co-Existence: the Muhibah Perspective
                               (Gombak: International Islamic University Malaysia Press, 2010).
                            5.  Mohd Faizal bin Abdul Khir & Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm
                               dan Al-Shahrastani ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).
                            6.  Ghazali bin Basri, (2014), Ilmu Perbandingan Agama Suatu Pengenalan (Kajang: Akademi
                               Kajian Ketamadunan Kolej Dar Al-Hikmah, 2014).

                IIQ2004     ‘ULUM AL-QUR’AN
                            Kursus ini membincangkan tentang dasar-dasar Ulum al-Qur'an yang mencakupi beberapa aspek
                            penting yang  amat  diperlukan  oleh seseorang bagi memahami  isi kandungan al-Qur'an. Ianya
                            membincangkan tentang takrif Ulum al-Qur'an dan sejarah perkembangannya, ayat-ayat Makki dan
                            Madani, ayat awal dan akhir, Nuzul al-Qur'an, pengumpulan dan pembukuan al-Qur'an, al-Muhkam
                            dan al-Mutashabih, al-Nasikh  dan al-Mansukh, I`jaz al-Qur'an, Amthal al-Qur'an, Aqsam al-Qur'an,
                            Jadal al-Qur'an, Qasas al-Qur'an dan Tarjamah al-Qur'an.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

                            1.  Menjelaskan skop pengajian Ulum al-Qur'an dan pembahagiannya menurut pandangan ulama.
                               [C2, P1, A3]
                            2.  Menerangkan sejarah perkembangan Ulum al-Qur'an bermula dari peringkat awal hingga kini
                               [C2, P1, A3]
                            3.  Menghuraikan prinsip-prinsip asas Ulum al-Qur'an yang dibincangkan oleh para ulama dalam
                               karya-karya mereka [C2, P1, A3]


                                                   336
   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340   341