Page 331 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 331

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018



                IIP1002     FIQH AL-‘IBADAT (Rujuk Ringkasan Kursus Teras Syariah)

                IIP3001     PENTADBIRAN ISLAM SEMASA  (Rujuk Ringkasan Kursus Teras Syariah)
                IIQ1001     AL-‘AQA’ID AL-ISLAMIYYAH (BA)
                            Kursus ini membincangkan topik-topik akidah yang  berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan
                            Perkara-perkara Ghaib yang terkandung dalam rukun iman. Ia mencangkup perbincangan tentang:
                            Keperluan Manusia Kepada Agama, Pengenalan Kepada Akidah Islam, Konsep Islam dan Iman,
                            Konsep Kufur, Syirik, Nifaq, Fasiq, Kewujudan Allah SWT, Sifat Allah SWT (Sifah Nafsiyyah dan
                            Salbiyyah), Sifat Allah SWT (Sifat Ma`ani dan Ma`nawiyyah), al-Asma' al-Husna, Beriman Kepada
                            Malaikat, Beriman Kepada Kitab, Beriman Kepada Rasul, Beriman Kepada Hari Akhirat, Beberapa
                            Hakikat Tentang Kebangkitan dan Hari Akhirat, Beriman Kepada Qada' dan Qadar, Beberapa Isu
                            Tentang Perbuatan Hamba. Dalam perbincangan  kursus ini, kesan beriman  dengan konsep
                            Ketuhanan, Kenabian dan Perkara-perkara Ghaib dalam kehidupan manusia juga diberi penekanan.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.  Menghuraikan tema-tema yang dibahaskan dalam  Akidah Islam.  [C3]
                            2.  Menganalisis fahaman akidah yang mempunyai impak terhadap akidah Ahli Sunnah wal Jama`ah
                               berdasarkan kemahiran kritis dan analisis bertunjangkan  ilmu  akidah bagi menyelesaikan
                               masalah dan isu semasa dalam masyarakat.  [C4]
                            3.  Mengaplikasikan  nilai tauhid dalam akidah Islam secara mahir dan  praktikal dalam konteks
                               kehidupan realiti dan keadaan semasa.  [C3, A2]

                            Rujukan
                            1.  Al-Duri, Qahtan  Abd Al-Rahman, al-Aqidah al-Islamiyyah wa  Madhahibuha, (Beirut:  Book-
                               Publisher, 2011).
                            2.  Al-Maydani, `Abd. Al-Rahman Hasan Habannakah (2009), al-Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha,
                               Damsyik: Dar al-Qalam.
                            3.  Muhammad Rabi` Muhammad Jawhari (2007), Jilid 1 dan Jilid 2, Aqidatuna, t.t.p: t.p.
                            4.  Sa`id Hawwa, Al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhuha al-Aqa'id al-Islamiyyah, (Kaherah: Dar al-Salam,
                               2011).
                            5.  Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah al-Fatani, Mutiara berharga Pada Menyatakan Akidah Orang
                               Yang Beriman, Dirumikan oleh Abdul Wahab bin Mohd Soleh, (Putrajaya: Jabatan Kemajuan
                               Islam Malaysia, 2013).
                            6.  Abu 'L-Muntaha Al-Maghnisawi, Imam Abu Hanifa's al-Fiqh al-Akbar Explained, trans. Abdur-
                               Rahman ibn Yusuf, (California: White Thread Press, 2007).

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2

                IIQ1002     AL-AKHLAQ WA AL-TASAWWUF (BA/BI)
                            Kursus ini membincangkan  teori dan praktis akhlak Islamiah dan tasawuf Islam  merangkumi
                            pengenalan umum ilmu akhlak dan tasawuf, keberadaan ilmu akhlak dan tasawuf dalam disiplin ilmu
                            Islam, sejarah perkembangan tasawuf dan tarekat; hubungan kedua-duanya dengan pembangunan
                            insan serta beberapa konsep berkaitan seperti insan, nafs, takwa, zikir, dan sebagainya. Ia turut
                            mengemukakan  tatacara  proses tazkiyah al-nafs secara umum  dan  praktis sebagaimana yang
                            disaran dan dilaksanakan oleh ulama akhlak dan tasawuf seperti Ibn Miskawayh dan al-Ghazali, serta
                            beberapa contoh akhlak yang perlu dimiliki oleh modal insan dari perspektif tasawuf.
                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.  Menjelaskan konsep akhlak dan tasawuf serta kepentingan kedua-duanya terhadap
                               pembangunan insan.  [C2]
                            2.  Mengamalkan akhlak Islamiah dan tasawuf Islam dalam kehidupan seharian dan tanggungjawab
                               sosial secara semula jadi dan tabii bagi menjamin kecemerlangan modal insan.   [P3]
                            3.  Menilai tingkah laku masyarakat semasa berdasarkan prinsip akhlak dan tasawuf   Islam bagi
                               menentukan hala tuju kelangsungan pembangunan modal insan berteraskan Islam.  [C4]

                                                   331
   326   327   328   329   330   331   332   333   334   335   336