Page 333 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 333

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


                               boleh diijtihadkan [C1]

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            3.  Kerja Berpasukan: TS1-TS2

                            Rujukan
                            1.   Zaydan, ‘Abd al-Karim, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Beirut: Mu’assasat al-Risalah, 2013
                            2.   Salqini, Ibrahim Muhammad, al-Muyassar fi Usul al-Fiqh al-Islami, Dimashq: Dar al-Fikr, 2011
                            3.   Imam, Muhammad Kamal al-Din, Usul al-Fiqh al-Islami, Beirut: al-Mu’assasah al-Jami’iyyah li
                               al-Dirasat wa al-Nashr wa al-Tawzi’, 2014
                            4.   al-Salih, Muhammad Adib, Masadir al-Tashri’ al-Islami wa Manahij al-Istinbat, Riyad: Maktabat
                               al-‘Ubaykan, 2010
                            5.   al-Khin, Mustafa Sa’id (Prof., Dr.), al-Kafi al-Wafi fi Usul al-Fiqh al-Islami, Beirut: Mu’assasat al-
                               Risalah, 2000

                IIQ1005     KAJIAN AJARAN SALAH DI MALAYSIA
                            Kursus ini akan difokuskan kepada perbincangan tentang Kajian Ajaran Salah di Malaysia dengan
                            melihat aspek-aspek teras dan fundamental dalam sesuatu ajaran yang dikatakan salah, sesat dan
                            seleweng. Kayu ukur dan prinsip yang diguna pakai turut dibincangkan dengan penekanan utama
                            adalah kepada al-Qur’an dan prinsip-prinsip terasnya berkaitan akidah, usuluddin dan Iman; diikuti al-
                            Hadith dan aspek-aspek yang berkait rapat dengannya. Kajian dan tumpuan akan diberikan kepada
                            Malaysia dan serantau yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan persoalan
                            ajaran salah, sesat dan seleweng. Punca, faktor, pengaruh, kesan, ciri-ciri utama dan fatwa sesuatu
                            ajaran itu  dikatakan salah, sesat dan seleweng akan dijadikan  bahan analisis dan disenaraikan
                            sebagai  asas dan perbandingan.  Di samping itu, bidang-bidang yang diliputi juga turut diambil
                            perhatian terutama akidah, tasawuf, ilmu kalam dan falsafah
                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.   Mendefinisikan ajaran yang  dikatakan salah, sesat dan seleweng  dalam  bidang-bidang
                               berkaitan;  terminologi atau  istilah yang relevan;  kedudukan Islam dalam  peruntukan
                               Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Tubuh dan Enakmen negeri-negeri seluruh Malaysia
                               [C2]
                            2.   Mengenal pasti sejarah dan perkembangan ajaran salah, sumber, standard (piawaian) yang
                               dijadikan penentu sesuatu ajaran berasaskan prinsip ajaran Islam yang sebenar.  [C3]
                            3.   Menganalisis fatwa-fatwa ajaran salah yang telah diwartakan [C4]

                            Kemahiran Insaniah
                            Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            1.   Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
                            2.   Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2

                            Rujukan
                            1.   Al-Ghazzali, (1993), Fada’ih al-Batiniyyah, Jordan.
                            2.   Haji  Abdullah Haji Abd. Wahab, (1985), Tentangan  dan Cabaran Kepada Islam  Sepanjang
                               Zaman, Kuala Lumpur.
                            3.   Muhammad bin al-Hasan al-Dailami (t.t), Bayan Madzhab al-Batiniyyah wa Butlanuh, Kuwait.
                            4.   Ahmad Hidayat Buang (ed), Fatwa di Malaysia (Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang
                               Undang, Akademi Pengajian Islam).
                            5.   Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
                               (Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, t.t.).
                            6.   Abi Muhammad `Ali Ibn Ahmad/ Ibn Hazm al-Zahiri (2014) al-Fasl fi al-Milal wa al-Nihal. Beirut:
                               Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
                            7.   Abi `Ali al-Husin Ibn `Abd Allah al-Hasan/ Ibn Sina (2014) al-Ruhaniyyat al-Musamma (Kanz al-
                               Asrar fi al-Istihdar al-Jin wa sarf al-`Ummar). Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
                            8.   Abi al-Baqa’ Taqiyy al-Din Salih ibn al-Husin/ al-Ja`fari (2013) Bayan al-Wadih al-Masyhud min
                               Fada’ih al-Nasara wa al-Yahud. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.


                                                   333
   328   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338